Sudah lama teringin untuk menikmati sajian sup tom-yam di gerai, oleh disebabkan kesuntukan masa maka haruslah diabaikan dahulu.
Nak dijadikan cerita semasa mengalami kesakitan gusi yang teramat ini memang tidak sesuai untuk menikmati makanan yang memerlukan mengunyah kerana ia akan menyebabkan kesakitan yang melampau.
Maka, dengan muka slumber terus menghantar surat permohonan kepada master chef(isteri) untuk membantu menyediakan sup tom-yam ala thai, kenapa ala-thai? haa kerana ia mempunyai rasa masam yang sedap sehingga terpejam mata kau.
Lagi pun kalau tak masam bukanlah tom-yam sebenarnya, tapi kenapa bila sakit je mesti kena hirup sup? sebab dalam sup mempunyai pelbagai rempah ratus.
Tapi rempah ratus tu kita tak bolehlah lihat dari dalam paket paste yang sedia ada kerana itu adalah keluaran kilang dan sekaligus semua rempah telah disatukan dalam satu paket supaya memudahkan kerja tukang masak.
Kalau ikutkan buku orang-orang lama, memang tak boleh ingat wei silap-silap setiap kali nak masak diwajibkan buka kitab resepi masakan.
Baiklah tanpa membuang masa master chef aku pagi-pagi dah bertungkus lumus dalam dapur diraja untuk menyiapkan permohonan aku sampai menitik-nitik peluh master chef.
Sedang master chef menyibukkan diri, aku ni pun sempatlah jadi wartawan untuk mendapatkan resepi dan bahan-bahan yang digunakan.
Katanya kalau dirumah, guna bahan campak-campak je tak yah nak pening yang penting ada rasa ada rupa. Bagi siapa yang ingin cuba silalah lihat resepi dibawah ini.
(2pax)
Bahan-bahan
1. 1 paket paste Tomyam Kung.
2. 1 biji bawang holand atau bawang besar.
3. 5 helai daun limau purut.
4. 2 batang serai.
5. Ayam mengikut keperluan.
6. Sayur kobis bunga.
7. Beberapa biji tomato.
8. Beberapa biji limau nipis untuk berikan rasa masam.
Cara-cara
1. Panaskan air dalam periuk.
2. Masukan paste tomyam kung.
3. Masukan ayam yang telah potong.
4. Masukan serai dan daun limau purut.
5. Masukan bawang yang telah dipotong besar.
6. Setelah mendidih masukan pula sayuran dan perah limau nipis mengikut citarasa.
7. Akhir sekali tambahkan garam mengikut citarasa.
Dah siap? tunggu apa lagi ambil gambar terus update status FB lah.