Terkini

RM30,000 Menanti Jika Menang Bola Sepak Bertemu Hong Kong


Zaman sekarang bola sepak pun boleh jadi jutawan senyap, RM30,000 tawaran je jika menang. Jika tak menang gaji tetap jalan seperti biasa pula tu bukan sikit elaun diorang ini.



Skuad Harimau Malaya menerima suntikan semangat menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong, pada Selasa, apabila dijanjikan imbuhan RM30,000 seandainya berjaya menewaskan pasukan tuan rumah itu.


Berita baik itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi sidang video bersama pemain dan ketua jurulatih, Nelo Vingada, dari Johor Bahru yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi FAM pada Isnin.


Tunku Ismail berkata kemenangan ke atas Hong Kong itu amat ditagih bagi menutup mulut segala kritikan yang dilemparkan terhadap skuad kebangsaan kendalian Vingada itu. "Mata manusia tidak pernah menipu, kalau seluruh rakyat negara ini termasuk saya nampak anda semua memberi 110 peratus, kalah atau menang pun kita puas hati.


Kunjungan skuad kebangsaan ke Hong Kong hanya mempunyai satu misi untuk meraih tiga mata penting bagi mencerahkan peluang melayakan diri ke Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).


Anak didik Vingada sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Hong Kong pada aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 Sept lalu, dan tewas 1-2 di tangan Lubnan pada perlawanan pembukaan peringkat kumpulan pada 13 Jun.


Setakat ini, Malaysia menduduki tangga tercorot Kumpulan B dengan mengumpul satu mata daripada dua perlawanan dan Lubnan mendahului kumpulan dengan tujuh mata dari tiga perlawanan manakala Korea Utara dan Hong Kong berkongsi dua mata.


Dalam pada itu, Tunku Ismail menegaskan kepada semua pemain untuk tidak menghiraukan kritikan daripada pihak yang tiada kaitan dalam arena bola sepak.


Rujukan - Sukan Awani

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)