Makanan berkeju adalah salah satu trending makanan kegemaran rakyat malaysia, boleh dikatakan apa sahaja makanan yang boleh dikaitkan dengan keju pasti akan membuatkan kita berselera.
Tetapi bukan semua yang menyukai keju, ternyata masih ada segelintir insan yang tidak gemar akan keju. Mungkin atas sebab bau keju yang seakan-akan susu atau pun pada rasanya.
Jika dahulu kita hanya boleh melihat kegunaan keju di restoran yang terkenal seperti McDonald yang kerap digunakan pada produk makan pilihan mereka.
Manakala pada hari ini kita mampu dapat melihat produk keju kerap digunakan oleh peniaga makanan seperti kedai burger, pisang goreng pun kini sudah mempunyai menu berkeju dan lain-lain.
Sebenarnya ramai lagi pengusaha kecil mencetuskan pelbagai idea masakan menggunakan keju untuk menarik perhatian pelangan. Pernah sekali aku cuba roti john cheese(keju) berdekatan di shah alam.
Pelangan sanggup beratur walaupun terpaksa menunggu lama, tapi mereka pun bermula dengan kecil-kecilan dahulu jadi kawasan menunggu pun agak sesak ketika itu.
KHASIAT KEJU YANG PERLU ANDA TAHU
#1. Mencegah Kanser
Keju mengandungi bahan dipanggil Cojugated Linoleic Acid yang mampu membantu tubuh mencegah kanser. Vitamin B dalam keju membantu melindungi tubuh daripada penyakit.
#2. Menguatkan Tulang
Selain itu, keju adalah sumber terbaik untuk mendapatkan kalsium yang penting untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat serta mencegah osteoporosis.
#3. Menambah Berat Badan
Pada yang kurus tapi ingin kelihatan berisi bolehlah perbanyakkan pemgambilan keju kerana makanan keju mempunyai protien, kalsium dan lemak untuk otot dan tulang.
#4. Melindungi Kesihatan Gigi
Kasein yang terdapat dalam keju membantu melindungi enamel gigi dengan membentuk penapis yang nipis pada permukaan gigi untuk menghalangnya daripada rosak.
#5. Baik Untuk Kesihatan Kulit
Keju mempunyai vitamin B juga menjadikan ia sangat baik untuk kulit kerana vitamin B amat diperlukan dalam pertumbuhan sel.
#6. Mengekalkan Kesihatan Mata
Keju juga mengandungi vitamin A yang penting dalam mengekalkan penglihatan normal dan mengelakkan daripada masalah rabun.
#7. Meningkatkan Sistem Imunisasi
Sesetengah jenis keju seperti Blue, Swiss dan Cheddar adalah mempunyai selenium dan antioksidan yang penting dalam sistem imunisasi badan.
Masih tidak berminat dengan keju? Tidak apa sila cuba lagi untuk merasai kesedapan yang ada pada keju.
Rujukan - maskulin