Dalam ketika wanita sedang hamil pastinya sering memikirkan makanan yang sihat untuk janin selain dari makan ubat farmasi. Sebenarnya bukan tak boleh makan ubat yang disyorkan dari farmasi atau klinik.
Cuma ada orang lama mengatakan dari mengamalkan ubatan buatan manusia ada lebih baiknya pelajari makanan yang mengandungi khasiat tersendiri seperti makanan laut atau sayuran hijau serta macam-macam lagi.
Tapi dalam artikel ini aku akan huraikan sedikit sebanyak berkaitan ikan yang digemari oleh rakyat malaysia dan sekaligus untuk santapan ibu mengandung, tidaklah asik telan ayam sahaja sekali sekala kena ada protein dari ikan juga.
#1. Ikan Keli
Di antara ikan air tawar yang lain, ikan keli adalah salah satu ikan yang terbaik untuk kandungan kerana ia mengandungi lemak serta protein yang tinggi. Juga dikatakan menyokong pertumbuhan dan perkembangan maksima pada janin.
#2. Ikan Salmon
Ikan laut ada yang mengatakan tidak sesuai untuk ibu mengandung kerana ia mempunyai kandungan merkuri yang tinggi. Tapi tidak pada salmon kerana ia adalah sejenis ikan laut yang rendah merkuri, ikan salmon mengandungi lemak Omega 3, DHA dan EPA.
#3. Ikan Sardin
Ikan sardin juga termasuk dalam carta ikan terbaik untuk ibu mengandung kerena ia mengadungi protein yang tinggi dan merkuri yang rendah.
#4. Ikan Bilis
Walaupun kelihatan kecil, rupanya ia memiliki keistimewaan yang luar biasa dibandingkan dengan jenis ikan lain kerana ikan bilis kaya dengan kalsium serta zat yang penting untuk tumbesaran tulang dan gigi.
#5. Ikan Yang Di Goreng Oleh Suami
Seperti yang kita tahu ketika para isteri mengandung sesungguhnya ketika itu sangat memerlukan bantuan dari si suami dalam pelbagai faktor. Dari di dapur mahupun di ampaian iaitu membantu si isteri jemur pakaian dan melipat kain baju serta lain-lain perkara.