Terkini

Cara Import Artikel Dari Wordpress Ke Blogspot

“Menulis adalah mencipta, seni menulis haruslah datangnya dari hati sendiri kecuali anda memang ditugaskan menjadi seorang wartawan untuk syarikat simpolan".


Jika dahulu berkotak-kotak diari yang dicipta oleh ahli penulis, tetapi hanya pihak tertentu sahaja yang dibenarkan membaca atau pun diari itu dicipta khas untuk diri sendiri atau dijadikan buku lalu dijual di pasaran.


Datang pula zaman internet ini, dengan timbul pelbagai laman web yang menyediakan tempat untuk dijadikan sebagai diari dimana kini dipanggil sebagai bloging atau dikenali sebagai penulis digital.



Dengan adanya diari digital pada masa kini, para penulis boleh sahaja bloging tanpa membazirkan dakwat pen kerana itu semua sudah tidak diperlukan lagi melainkan anda berada di kawasan pendalaman yang masih tiada liputan.


Manakala dalam dunia internet, perkara yang mereka gemar adalah bidang pengiklanan, sebenarnya dunia realiti pun penuh dengan iklan tetapi hanya diberikan kepada syarikat tertentu.


Jika dalam alam maya ini pula pengiklanan bukan sahaja akan diberikan kepada pihak syarikat media yang ternama, malah ia turut boleh diberikan kepada penulis yang berpengalaman dan mempunyai pengikut yang tinggi.


Tetapi itu semuanya bergantung pada komitmen anda sebagai penulis, kalau jarang berada di depan pc maka seeloknya tidak perlulah berkecimpung dalam dunia publisher kerana mereka lebih suka pada individu yang mempunyai fokus yang tinggi untuk menarik trafik untuk melihat iklan mereka.


Masalah disini, sekarang mempunyai dua platform blog yang agak popular iaitu Wordpress(berbayar) dan Blogspot(percuma), bezanya tak banyak tapi masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.


WORDPRESS


Seperti yang kita tahu jika versi wordpress ciri menarik adalah kerana ia mempunyai pelbagai plugin dan berguna untuk blog tetapi masalahnya adalah pada ruang hosting dan kadar sewaan.


Sebenarnya perkara diatas tidak menjadi masalah jika blog anda sudah menjadi terkenal dan mempunyai aset dari hasil iklan. Maka disitu dapatlah pemilik menanggung segala kos sewaan hosting. Manakala jika dalam tempoh percubaan pemilik gagal mendapatkan hasil dari iklan maka rugilah disitu dan layak beralih ke blogspot melainkan anda sanggup menanggung.


BLOGSPOT


Versi ini sememangnya ramai dikalangan pemula bloging sedang guna dan mungkin ramai yang sedang manfaatkan, ia tiada risiko, tiada plugin menarik, tiada hosting yang perlu disewa dan paling menarik ia adalah 100% kepunyaan GOOGLE.


Juga boleh diterima sebagai pengiklanan dan yang penting harus mempunyai trafik yang mencukupi, oh ye kalau nak cuba trending boleh sahaja memiliki domain sendiri dengan bayaran setahun sekali tapi haruslah ada aset dari hasil mana-mana iklan dahulu supaya semua kos blog selepas setahun dapat ditanggung sepenuhnya oleh iklan barulah berbaloi.


Bagi yang mempunyai pendapatan bulanan dari blog memang sahaja mereka mampu menyewa hosting untuk blog, tapi bagi yang sudah lama tiada pendapatan dari blog yang versi self-hosted anda boleh sahaja bersiap sedia untuk export artikel dari hosting self-hosted kedalam blogspot yang percuma lagi senang hati.


Atas pengalaman ujicuba dimana jika ingin import artikel dari wordpress ke blogspot pemilik harus convert terdahulu fail .xml itu kerana ia tidak boleh dimasukkan begitu sahaja.


Caranya anda harus convert fail artikel itu melalui wordpress-to-blogger-converter dan seterusnya baru import kedalam blogspot.


Selamat berbloging!


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)