Seperti yang kita ketahui teknologi pada hari ini makin lama makin kecil dan ringan seperti sebuah komputer desktop, siapa pernah memiliki komputer desktop sebelum ini pasti pernah merasa betapa besar dan beratnya jika cuba diangkat.
Tapi pada hari ini semua produk sebegitu akan dihapuskan sikit demi sedikit sehingga digantikan dengan komputer desktop yang mempunyai spesifikasi lebih tinggi dan baik, malangnya tidak disyorkan bagi yang berkemampuan rendah kerana harga barangan tersebut sudah pasti agak mahal.
Kepada yang suka membina komputer desktop sendiri ia pasti agak berbaloi untuk mengejar kepuasan, kerana boleh menambah komponen mengikut citarasa sendiri cuma yang tidak menarik adalah pemilik seringkali tidak mencatat tarikh luput warranty akan setiap komponen yang dibeli.
Jadi bila sesuatu komponen mempunyai ralat atau tidak berfungsi sebelum tiba tarikh jaminan, pemilik terus akan buang dan tukar yang baharu atas sebab tidak tahu adakah komponen tersebut masih mempunyai jaminan atau tidak.
Bagi yang gemar memiliki desktop komputer yang bersaiz kecil dan mungkin sahaja kerana inginkan ringan adakala anda terpaksa memerlukan lebihan komponan slot untuk memasang graphic card yang besar kerana mungkin sahaja tidak mempunyai ruang yang mencukupi ketika melakukan pemasangan.
Penyelesaian adalah anda harus memiliki papan slot PCI seperti dibawah untuk meletakkan graphic card anda luar dari kotak desktop supaya ia mempunyai ruang yang mencukupi.
Dalam masa sama mungkin graphic card anda akan dapat udara yang mencukupi untuk dijadikan penyejuk jika tidak mungkin boleh beli spesifikasi graphic card mengikut ruang motherboard desktop itu.
Komponen ini boleh didapati di kedai komputer atau boleh dibeli melalui website membeli-belah yang trending ketika ini seperti lazada, shopee, 11street dan lain-lain.
Cara pemasangan sungguh mudah, cuma mungkin memerlukan kesabaran dan gaya pemikiran yang tinggi untuk menyusun atur setiap wayar untuk disalurkan keluar melalui ruang yang ada.