Terkini

Jatuh Cinta Dengan Almari D.I.Y Dari CJ Wow Shop

Rumah orang Jepun lapang dan barangan perabot sangat minimum boleh dikatakan benda yang paling penting sahaja seperti meja makan rak TV. Jauh beza dengan gaya pemikiran orang kita iaitu selagi ada ruang selagi itu duduk fikir perabot apa yang sesuai untuk posisi itu. Negara jepun juga dikatakan amat kurang kedai-kedai yang menjual perabot mungkin kerana sebab kurangnya permintaan.


Di jepun juga mempunyai ruang rumah yang kecil seperti mana kita lihat perumahan kos rendah yang berada di Malaysia sekarang, akan tetapi cara mereka menyusun perabot di rumah amatlah patut kita contohi kerana ia akan kelihatan rumah sentiasa terkemas, bersih dan mudah untuk melakukan kerja menyapu.


Bagi suri rumah di jepun sudah pasti emosinya lebih tenang dari ibu-ibu di sini kerana setiap hari perlu meluangkan masa untuk mengemas rumah dari menemani anak-anak kecil bermain.



Oleh kerana aku cuba untuk mengikuti ciri-ciri keperluan perabot yang minimum, aku tertarik dengan satu produk ini yang dinamakan Living Cabinet


Harga pasaran cecah RM200+ , tapi jika dibeli melalui CJ Wow Shop boleh dapat harga promosi RM199 sahaja. Ini kes ketika bosan dengar CJ Wow ler itu yang terus terbeli dan order hari ahad barang sampai depan pintu pada hari selasa.


Perabot DIY ni aku suka kerana boleh buat pelbagai bentuk yang di ingini yang penting otak kena kreatif, orang kata kalau kreatif buat apa pun nampak unik.


Mula-mula nak pasang tu memang pening sebab malas nak baca buku manual, mujur ada bantuan si isteri hurm terus siap 70% dalam masa 2 jam lebih habis bengkak tapak tangan sebab nak rapatkan setiap dawai tu.


Dengan ada almari diy ni, almari kayu sudah tidak diperlukan sekaligus dapat melapangkan ruang yang ada dan yang penting kena rajin lipat baju ler kalau malas nak lipat ada 10 almari dalam rumah pun tak fungsi.


http://www.cjwowshop.com.my


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)