Aku bukanlah seorang pengemar kek, tapi bila makanan sudah ada didepan mata memang akan disambar tanpa memikirkan suka atau tidak. Kata master chef kalau nak buat kek sendiri kos agak tinggi jadi kalau nak sedap kenalah rajin bawa diri ke restoran yang menyediakan jualan kek seperti secret recipe salah satunya atau kedai kek yang lain.
Haaa kan sahaja katanya sebab yang pengemar kek adalah dia, tidak lama kemudian master chef(isteri) mengajak ke pasaraya berhampiran untuk membeli bahan-bahan buat kek.
Pelik bukankah kos buat kek agak mahal? kenapa tak pergi restoran yang jual kek sahaja kan lebih mudah. Rupanya ada orang viral resepi kek mudah yang kos rendah di media sosial jawabnya itu yang bersemangat ke pasaraya cari bahan.
Setelah bertungkus lumus menyediakan bahan-bahan maka jadilah kek hitam yang dibakar, katanya ada dua cara penyedian iaitu sama ada di kukus atau dibakar mengguna ketuhar. Jadi kami pilih untuk dibakar menggunakan ketuhar.
Gambar diatas adalah hasil percubaan, nak di ikutkan perlu sediakan toping yang menarik seperti chocolate moist tapi kami tidak lah berkesempatan nak ber-moist sebab kesuntukan masa.
Apa yang membuatkan kek itu kelihatan hitam? haaa itu adalah bergantung pada resepi dan bahannya sebagai contoh kek ini dijayakan menggunakan biskut oreo maka jadilah dia warna hitam yang gelap gelita.
Bahan-bahan
- Biskut oreo
- Susu dutch lady
- Baking powder
- Chocolate moist (Toping)
Cara penyedian
Kisar semua biskut oreo bersama susu dan baking powder sehingga sebati lalu tuangkan ke dalam loyang untuk di kukus atau dibakar sehingga masak. Seterusnya jika ada toping seperti coklat moist, sila cairkan sehingga cukup rasa dan masak lalu tuangkan keatas kek oreo yang sudah siap dimasak tadi.
Maka siaplah kek anda yang sedap lagi mudah pula tu kos juga boleh dikatakan rendah berbanding kos makan kek di restoran, jadi apa lagi sila ambil gambar kek anda dan kongsikan kepada rakan-rakan yang lain.