Terkini

KPDNKK Telah Menubuhkan Skuad Pengguna Untuk Memantau Harga

Program Friends of KPDNKK (FOK) yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya me­ningkatkan ke­sedaran masyarakat terhadap isu-isu ke­penggunaan sekali gus membantu melindungi mereka daripada terus ditindas oleh peniaga yang tidak beretika.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, menerusi program itu pengguna akan bertindak menjadi ‘mata’ dan ‘te­linga’ kementerian terutama berhubung harga barangan keperluan dan melaporkan trend harga di kawasan setempat serta isu-isu kepenggunaan.


Beliau berkata, FOK juga berperanan mengumpul dan menyebarkan maklumat kepenggunaan kepada masyarakat, mengendalikan program dan aktiviti kepenggunaan dan memberi panduan serta membantu masyarakat membuat aduan berkaitan ke­­penggunaan kepada kementerian.


Dikatakan setakat ini, lebih 300,000 orang sudah berdaftar menjadi ahli dan platform itu digunakan untuk meningkatkan lagi pengeta­huan dan kemahiran bersesuaian sebagai sukarelawan bagi menjalankan aktiviti pemantauan.


Bagi memberikan nafas baru, kumpulan ini dijenamakan semula sebagai Friends of KPDNKK dengan tujuan untuk memantapkan dan meningkatkan keberkesanan fungsinya di seluruh negara. Bidang tugas adalah melakukan pemantauan secara sukarela melalui konsep membeli-belah sambil memantau dan melaporkan kepada Kementerian. Friends of KPDNKK dahulunya dikenali SKUAD PENGGUNA ditubuhkan dengan objektif untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan.



Syarat Penyertaan Ahli Friends of KPDNKK


Keahlian Friends of KPDNKK adalah terbuka kepada semua warga Malaysia yang berminat untuk berkhidmat secara sukarela dan komited untuk membantu memantau harga barangan dan perkhidmatan. Had umur menjadi ahli adalah pada umur 18 tahun ke atas.


Terma dan syarat keahlian friends of KPDNKK boleh merujuk di pautan link http://www.kpdnkk.gov.my/


Bidang yang perlu pengguna tahu adalah menjadi mata-mata dan pendengar akan sesuatu kenaikan harga dari peniaga kecilan mahupun tahap pasaraya. Iaitu dengan melaporkan trend harga dan isu-isu kepenggunaan di kawasan setempat dan menyebarkan maklumat kepenggunaan.


Seterusnya menjadi pemangkin untuk gaya hidup lestari dan pencinta alam sekitar, manakala jika salah seorang yang mahir berkata-kata mungkin boleh diberi tugasan untuk mengendalikan program dan aktiviti kepenggunaan untuk masyarakat setempat.


Kata Friend Of KPDNKK(FOK) faedah menjadi ahli adalah dapat membantu ahli masyarakat dalam meningkatkan perlindungan pengguna bagi kesejahteraan masyarakat. Serta dalam masa sama mampu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna mengenai trend harga barangan dan perkhidmatan di pasaran.


KPDNKK juga memohon rakyat malaysia yang telah berdaftar menjadi ahli untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan memberi informasi dan maklumat melalui aktiviti pemantauan semasa. Dan sekaligus maklumat yang diberikan dapat membantu pihak berkuasa KPDNKK mengambil tindakan dengan cepat dan adil.


Kad Friends of KPDNKK adalah kad diskaun (loyalty card) yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat kepada anggota-anggota Friends of KPDNKK. Ia mempunyai tiga fungsi iaitu sebagai:


- Kad Diskaun

- Kad Loyalti

- Kad Pengenalan Diri Sebagai Anggota Friends of KPDNKK


Sebagai pemegang Kad Friends of KPDNKK, anda boleh menikmati diskaun istimewa ke atas produk / perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis yang mengambil bahagian (Rakan Dagang Bank Rakyat) yang menyertai program keistimewaan ini.


(FOK) turut menyediakan kad alam maya dengan memuat turun aplikasi dari play store atau jika memerlukan kad ahli nyata akan dikenakan bayaran sebanyak RM2 dan boleh didaftar melalui Bank Rakyat.


Daftar Sebagai Ahli Friends Of KPDNKK (FOK)


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)