Bukanlah mudah untuk menjadi pengguna yang peka akan peluang di sekeliling cuma apa yang aku ingin sampaikan adalah banyak perkara rutin yang kita lakukan setiap hari yang mempunyai konsep redeem baik ketika mengisi petrol kenderaan mahupun ketika menggunakan kad touch N go serta lain-lain.
Oleh kerana sifat kemalasan telah menguasi diri dan akal fikiran kita, semua perkara itu kita abaikan dan dibiarkan ia berlalu pergi begitu sahaja.
Untuk pengetahuan kita bersama, dalam internet juga mempunyai beberapa syarikat yang menyediakan konsep mengumpul mata ganjaran untuk ahli tebus barangan yang sama nilai dengannya tetapi adakalanya bukannya mudah untuk kita kumpul mata ganjaran tersebut apa pun memerlukan kesabaran dan kerja kuat.
Salah satu lokasi web yang menarik pernah aku cuba adalah 8share.com, kerana syarikat ini menyediakan tugasan kepada ahli untuk berkongsi artikel kepada orang ramai lalu ganjaran akan diberikan dalam bentuk tunai atau mata ganjaran setelah artikel itu mempunyai kunjungan.
Bagaimana nak tahu kunjungan itu dikira oleh sistem mereka atau tidak, hal itu tidak pasti kerana apa yang aku lihat ia memerlukan kungjungan dari alamat ip yang berbeza juga dilarang keras untuk melakukan spam.
Setelah aku cuba bermain dengan penyedian dari 8share.com, maka hari ini dapatlah tebus sehelai t-shirt dengan menggunakan mata ganjaran yang terkumpul selama ni.
Walaupun aku bukanlah salah seorang ahli 8share.com yang aktif, tapi dengan kesabaran yang aku lalui selama ini serta bantuan dari pelawat di media sosial berjaya juga perolehi barangan redeem ini.
Jadi dari korang tidak buat apa-apa tu, bolehlah cuba sertai 8share.com untuk menjadi tukang kongsi artikel manalah tahu ada rezeki mempunyai pelawat yang ramai dapat jugalah redeem apa-apa kupon yang menarik.