Siapa pernah masuk gedung pakaian Jakel dia pasti tahu apa itu 'Happy Hour', ia salah satu konsep marketing yang paling berkesan untuk menarik perhatian pelangan. Kerana dengan tarikh dan masa ditetapkan itu akan membuatkan pelangan tidak sempat untuk berfikir secara waras.
Tapi cara marketing domino's pizza dan jakel adalah jauh berbeza, bukan aku ingin membandingkan produk antara dua syarikat ini tapi hanya bercerita berkaitan konsep marketing yang digunakan hampir sama tapi tidak serupa kerana domino's pizza membuat 'happy hour' menggunakan tarikh contoh harga sekian-sekian valid selama 2 hari bermula dari tarikh yang ditetapkan.
Manakala jika Jakel, kau sedang kusyuk selak kain dan pakaian yang sedang sangkut dan tergulung di gedung tiba-tiba keluar suara sambil jerit 'Happy hour hanya 3 minit dari sekarang!'. Jadi, konsep marketing mana yang sedang mereka gunakan ini, kerana dengan cara marketing begini memang memukau si pembeli yang akal pendek.
Baik, aku tak nak cerita panjang berkaitan marketing diatas risau lari tajuk pula nanti. Oleh kerana orang rumah aku mengalami keletihan yang melampau setelah pulang dari berkarier maka tidaklah berkesempatan untuk menyediakan hidangan lauk yang disebut ayam masak lemak cili api.
Maka aku pun dengan muka kelaparan sambil memikir ruangan perut yang hampir di isi dengan angin kipas serta bersama melodi keroncong telah mengambil keputusan untuk memeriksa segala kupon promosi yang pernah dihantar kepada aku baik melalui Emel sehingga tahap SMS.
Selak punya selak terjumpa kupon diskaun dari domino's malaysia yang sedang menawarkan 3 regular pizza dengan harga RM39. Hmm! dengan tanpa membuang masa aku terus melakukan pesanan secepat yang mungkin kerana tawaran harga yang diberi itu memang tidak masuk akal.
Bayangkan jika aku kira-kira ketika membuat pesanan secara normal dengan memilih 3 regular pizza, harganya mahu mencecah RM83.40 termasuk %gst. Jadi kalau aku menggunakan kupon yang diberi itu aku boleh jimat sebanyak RM44.40 untuk 3 regular pizza dan paling menarik ia termasuk dengan kos penghantaran.
Setelah pesanan tiba di depan pintu rumah, yang sedang dalam ketiduran pun mampu terjaga dengan sendirinya tanpa perlu dikejutkan kerana mempunyai deria bau yang begitu baik sekali.
Bahan-bahan untuk memasak ayam masak lemak cili api di dapur sudah pun berjaya dimasukkan semula ke peti ais dan tempat yang sepatutnya. Maka malam ini lapik perut dengan roti pizza domino's sahaja lah gamaknya.
Kepada yang ingin mencuba membuat pesanan atas talian boleh cuba redeem kod: S1D1 sah sehingga 17/12/2017 mengikut terma dan syarat. Aku tidak pasti sama ada kod yang diberi ini hanya sah untuk nama aku atau pun terbuka untuk sesiapa sahaja.