Bagusnya bila kita rajin mengumpul setiap mata ganjaran yang boleh diperolehi dari syarikat-syarikat tertentu sebagai contoh dari Tune Group dan setiap isian petrol.
Tapi adakah tugasan mengumpul mata ganjaran ini sangat mudah? hakikatnya memang susah kerana kita perlu konsisten untuk memastikan mata ganjaran itu dikumpul.
Tapi di artikel ini ada cara mudah untuk mengumpul mata ganjaran big, salah satu caranya jika anda salah seorang yang gemar membeli belah di internet cuba sekali sekala melakukan pembelian di lazada kerana ketika selesai pembayaran ada satu lokasi kecil di bawah yang akan minta ID B-Infinite atau Bigpoints.
Macam aku akan memilih untuk tebus mata ganjaran bigpoints ialah manalah tahu tak mampu nak tempah tiket airasia boleh juga tebus menggunakan mata ganjaran yang terkumpul itu.
Manakala cara yang lain adalah dengan menggunakan simkad dari Tunetalk, sebabnya kelebihan simkad Tunetalk/Tone Excel pemilik akan dapat mata ganjaran setiap kali melakukan tambah nilai.
Setelah cukup mata ganjaran itu, boleh sahaja pindahkan kedalam akaun www.airasiabig.com. Tapi sebelum melakukan pemindahan pastikan anda telah mendaftar akaun terdahulu di www.tunetalk.com bahagian self care.
Setelah selesai sahaja pendaftaran lakukan pula pendaftaran di www.airasiabig.com dengan menggunakan maklumat yang benar dan sempurna untuk memudahkan syarikat mengesan maklumat keluarga bila terjadi apa-apa yang tidak diingini.
Sedikit maklumat sebelum melakukan pemindahan mata ganjaran big dari akaun tunetalk/tone excel pastikan mata ganjaran tersebut terkumpul sebanyak 3000pts kerana kalau kurang dari itu bermakna anda belum layak untuk menggunakan maka haruslah rajin menambah nilai.
Cara Menempah Tiket Penerbangan Airasia
Login kedalam www.airasiabig.com dan pilih jadual penerbangan pastikan mata ganjaran anda mencukupi lalu selesaikan apa yang dia suruh sehinggalah tahap pembayaran.
Di bahagian pembayaran pula akan dikenakan cas perkhidmatan mengikut penerbangan kemana yang anda pilih, macam aku hanya RM15.56 sahaja sebab penggunaan mata ganjaran 100%. Manakala jika mata ganjaran anda kurang boleh sahaja anda menambah dengan wang poket sendiri, kiranya tiket penerbangan anda itu anggap mempunyai harga diskaun.
Setelah itu pastikan membayar menggunakan 'debit card/credit card' sebab tidak mempunyai apa-apa fee, arrh senang cerita korang bacalah dahulu sebelum membuat pembayaran.
Setelah selesai semua pembayaran maka anda sudah boleh berkemas untuk terbang di udara, jangan tanya kenapa aku tak sediakan tutorial bergambar salah satu sebabnya laman web airasia selalu dikemas kini.