Muzik tanpa had dengan spotify, bagi pengemar muzik sudah pasti mengenali jenama terkemuka ini dimana ia adalah salah satu gudang yang mempunyai pelbagai muzik.
Gudang muzik atas talian ini dilancarkan pada 7 October tahun 2008 dan pengasas Daniel Ek, Martin Lorentzon. Ketika itu rata-rata sudah mula menggunakan telefon pintar dan boleh dikatakan majoriti sudah mempunyai akses ke internet dengan langanan data atau jalur lebar.
Maka peralihan zaman untuk pendengar muzik sudah mula beralih arah bermula dari kaset, CD, MP3, MP4, youtube dan sehingga terkini iaitu spotify dan pelbagai lagi dimana semua muzik sudah berada di internet tinggal hanya taipkan sahaja tajuk dan nama penyanyi pilihan hati.
Seperti biasa spotify mempunyai akaun percuma dan premium, perbezaan adalah versi percuma akan mempunyai pengiklanan manakala premium tidak mempunyai sebarang iklan.
Harga langanan biasa untuk premium adalah RM14.90 manakala bagi pakej keluarga sekitar RM22.00++, tapi dengan promosi akhir tahun ini pihak spotify menawarkan harga premium serendah RM2 sahaja selama 3 bulan kepada sesiapa yang masih belum langan akaun premium.
Promosi RM2 adalah terhad iaitu hanya sehingga hujung bulan december 2017 sahaja, jadi kepada pengemar muzik tanpa had rebut peluang ini sebelum promosi dia berakhir.
Pembelian boleh melalui Credit/Debit kad atau melalui MOL tapi bagi aku paling mudah dan mungkin sekarang rata-rata sudah mempunyai kad ATM sendiri kerana harganya cumalah RM2 manakala jika kau membeli melalui MOL sememangnya kau kena tambah nilai lebih dari RM2 sebab MOL cuma hanya tambahan nilai RM10 dan keatas sahaja.