Khyber pass restoran yang terletak di petaling jaya, selangor. Menyediakan hidangan arab style seperti nasi briyani dan lain-lain, paling menarik ia dikatakan milik oleh warga pakistan yang semestinya beragama muslim.
Pekerja dan tukang masak turut di import dari pakistan, manakala menu hidangan jika dilihat memang mempunyai pelbagai sehingga tak tahu harus dicuba yang mana satu pula tu nama-nama hidangan tersebut tidak semua yang aku faham.
Kata orang rumah aku, dia teringin nak makan nasi arab lauk kambing, nah aku pun terus panggil tukang ambil pesanan dengan speaking omputih yang agak berterabur ketika itu. Bertanya adakah mereka mempunyai nasi briyani bersama daging kambing sebab lihat dalam menu memang tak jumpa perkataan 'Lamb'.
Setelah itu, pelayan tunjuk aku perkataan 'mutton' di menu, katanya mutton itu adalah Lamb(kambing) aku terus jadi terpinga-pinga akan perkataan tersebut. Dalam hati berkata kenapa tidak kau letak perkataan lamb je kan senang.
Rupanya setelah sampai dirumah dan membuat sedikit pencarian di internet apakah perbezaan Lamb dan Mutton? nah, korang bacalah sendiri di wikipedia.org manalah tahu dapat sedikit sebanyak ilmu pengetahuan untuk digunakan pada masa hadapan.
Harganya pun pada aku agak berpatutan mana tak 1 pingan nasi briyani tu boleh makan dua orang itu pun dah mampu membuatkan aku tersandar, mujur ada buat pesanan 1 lauk yang dipanggil kebab (ayam). Tidaklah aku telan nasi briyani kambing macam tu je mahu sangkut kat tekak, sebab dengan pesanan lauk yang dipanggil kebab tu yang datang bukanlah roti kebab seperti mana yang kita lihat di pasar malam tu.
Kebab di restoran khyber pass lain kerana ia datang dengan kuah seakan kari dan kebab dia pula kelihatan seperti murtabak yang telah dipotong kecil. Jadi, bila ia digaulkan dengan nasi briyani kambing tu hmmm dia punya sedap memang pergi gear 6 terus.
Badan pun sudah mula terasa bahang kepanasan, bukan kerana sebab penghawa dingin restoran itu kurang sejuk tapi mungkin disebabkan rempah ratus dan daging mutton tu serta kebab dia yang terasa pedas kehangatan.
Kenapakah restoran kepunyaan warga pakistan itu dinamakan khyber pass?
Adakah mempunyai sejarah atau memang ciptaan sendiri mari kita baca selanjutnya hasil dari pencarian di internet.
Khyber pass adalah sebuah nama tempat yang terletak diantara pakistan dan afghanistan, seperti yang kita tahu kedua-dua ini adalah negara islam. Laluan khyber pass juga dikatakan oleh media barat ia sering digunakan oleh militan pengganas sewaktu dulu sehingga sekarang. Faham-faham jelah kalau media barat ni, dengar boleh percaya jangan sebab pada mereka muslim adalah pengganas yang merbahaya.
Malah jika di gali lebih mendalam akan lokasi khyber pass di pakistan, dapati di kawasan itu turut mempunyai kedai yang menjual senjata secara terbuka dan disangkutkan didalam kedai seperti menjual helaian pakaian. Jadi adakah khyber pass pakistan ini kawasan selamat atau pun memang gaya hidup mereka sebegitu demi melindungi diri atau membantu kumpulan-kumpulan yang sedang berperang di tanah arab sana?
Dengarnya pula, pada tahun barapa ntah askar U.S telah mendarat untuk campur tangan akan isu taliban di pakistan dan kini dikatakan askar pakistan telah mengambil alih kawasan tersebut supaya tidak memberi peluang kepada askar U.S berkuasa di kawasan yang dikatakan bebas menjual senjata merbahaya.
Paling menarik harga senjata di pakistan dalam kawasan khyber pass lebih murah dari sebuah telefon bimbit yang kita perolehi sekarang, hah korang bayangkan situasi disana macam mana. Ok, tak nak cerita banyak korang lihat sendiri youtu.be/FinRqCocwGE