Terkini

Pelabur ASNB Kini Tidak Memerlukan Buku Ketika Berurus Niaga Di Kaunter

Pelabur Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hanya perlu membawa kad pengenalan untuk berurus niaga dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB), kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin.


Beliau berkata langkah ini bertujuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan ASNB kepada pelabur, berbanding perkhidmatan menerusi sistem sebelum ini.



Jadi bila aku teringat terus bergegas membawa diri dan buku hadir ke cawangan yang berdekatan untuk menaik taraf bukan apa lepas ini tidak perlu lagi untuk beratur lama untuk berurus niaga.


Manakala katanya lagi pelabur yang kehilangan buku pelaburan pula kadang kala terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan buku baharu kerana ia hanya boleh dibuat di cawangan ASNB sahaja, selain perlu membayar yuran penggantian buku jadi oleh sebab sedemikian kerajaan sedang giat menaik taraf sistem kepada yang lebih mesra pengguna.


Menurut Mohammad, ASNB, unit Permodalan Nasional Bhd, akan menaik taraf sistemnya dengan menggunakan 'Fund Distribution System' (FDS) menggantikan 'Unit Trust System' (UTS).


Kini ASNB lebih mesra pengguna kerana boleh berurusan secara atas talian sebagai alternatif beratur di kaunter untuk berurus niaga


Tapi sebelum itu pelabur haruslah hadir di mana-mana kaunter cawangan ASNB untuk menaik taraf akaun sekaligus dapat mengemaskini maklumat yang terkini untuk kegunaan di atas talian mahupun di kaunter.


Manakala menjelang tahun 2018 buku pengeluaran sudah tidak diperlukan lagi kerana segala maklumat baki dan pengeluaran sudah disediakan di atas talian atau hanya membawa kad pengenalan di kaunter cawangan ASNB.


Jadi aku berharap laman sesawang myasnb ini mampu menampung jumlah pelawat yang tinggi dalam satu masa.


Portal MyASNB atas talian.

www.myasnb.com.my

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)