Penat berjalan di kota raya~ , pernah dengar lirik lagu ni? haaa masih ada ke orang kita yang berjalan di kawasan kota raya kuala lumpur tu.
Pada pandangan aku tiada apa pun disana tapi ia tetap kelihatan ramai dan orang pun masih berlegar disana baik warga asing mahupun warga tempatan, adakah sebab penariknya adalah jalan petaling street atau di jalan masjid india?
Sebelum melalut tentang lokasi tu aku sebenarnya teringin nak makan ayam tapi yang jadi masalahnya tak nak ayam yang di goreng biasa-biasa dengan kunyit tu apa kan lagi masak kicap atau sos.
Jadi setelah blogwalking di google (amboi nak makan pun kena blogwalking dulu) aku terjumpa satu resepi ayam yang menarik, fikirkan hanya ikan sahaja boleh masak masam manis rupanya ayam pun boleh cuma banyaklah bahan dan kerja yang patut dilakukan.
Tapi tidak apa kata orang jika nak sedap kena kerja lebih di dapur betul tak, kalau malas di dapur maka makan pun ala kadar jelah. Jadi tanpa membuang masa aku selak punya selak setiap blog di google maka terjumpa laaa resepibonda.com pergh nama blog dia pun buatkan aku teruja mana tak 'Bonda' tu pasti resepi macam orang lama.
Hari pun makin senja tanpa membuang masa maka minta pertolongan master chef di dapur untuk tolong masak, seperti yang diajar dalam resepi bonda tu adalah seperti dibawah.
Bahan-Bahan:
2 keping dada ayam (dipotong kecil)
3 s/b sos tomato
2 s/b sos tiram
1 s/b sos cili
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak
Lada paprika (aku letak lada hitam)
Bahan Kisar –
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1/2 inci halia
2 biji lada besar
1 btg serai (diracik)
Air asam jawa
Cara Memasak:
#1. Goreng ayam setengah masak, angkat dan tinggal sedikit minyak untuk menumis.
#2. Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan gula, sos tomato, sos cili dan sos tiram.
#3. Goreng rata dan masukkan ayam serta biar seketika.
#4. Perasakan dengan garam, gula dan masukkan lada paprika. Siap untuk dihidangkan.
**Silakan ambil gambar masakan anda lalu kongsikan diruangan komen jika tidak keberatan.