Boleh dikatakan sekarang ramai yang mampu menaiki penerbangan kos rendah oleh Airasia tapi terhad bagi golongan yang bekerja dan berkemampuan.
Pada masa sama tetap mempunyai perkara leceh iaitu wajib mempunyai pengetahuan pembelian tiket atas talian kerana hanya diatas talian sahaja kita boleh dapati harga-harga istimewa dan menjimatkan masa.
Katanya jika inginkan tiket yang lebih murah haruslah merancang perjalanan dan menempah tiket seawal yang mungkin jika tidak memang mahal jadinya.
Oleh sebab itu kita sering dengar tiket penerbangan jauh lebih mahal dari menaiki bas, pada aku yang jadi mahal adalah sebab korang beli tiket segera.
Akan datang jika nak murah rancang dahulu perjalanan anda dan lakukan tempahan tiket airasia 2 minggu awal atau seawal yang boleh.
Bagi yang jarang atau belum menaiki kapal terbang, sebenarnya tiada perkara yang menarik sewaktu penerbangan kecuali luar dari semenanjung malaysia.
Pada aku yang menarik adalah boleh menjimatkan waktu jika destinasi dalam kawasan semenanjung malaysia. Katakan aku pergi kelantan memakan masa 8-12jam dengan mengikut jalan darat manakala jika dengan menggunakan udara hanya memerlukan sekitar 45minit sahaja.
Haaa suka laa tu 45minit, itu jarak perjalanan je tau bukan waktu yang perlu korang check in di airport. Katakan penerbangan aku jam 8pagi jadi aku kenalah kira perjalanan aku dari rumah untuk ke airport sebagai contoh aku amalkan 4jam awal dari waktu penerbangan tu jadi aku kena bangun seawal jam 3 pagi atau 4 pagi.
Bertujuan untuk mengelakkan jadi apa-apa contoh sakit perut ke tertinggal pengangkutan awam ke atau apa sahaja yang bakal menyebabkan kau terlepas penerbangan atau pun bakal kena denda RM10 oleh airasia disebabkan kelewatan.
Lepas ini kalau setakat nak terbang dalam semenanjung boleh sahaja menggunakan perkhidmatan kapal terbang jika nak mengelak dari memandu atau nak cepat sampai. Tapi sebelum tu haruslah sediakan pengangkutan darat setelah mendarat destinasi yang dituju.
www.airasia.com/my/en/promotion