Kehilangan komponen di kenderaan sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan kita, komponen yang sering hilang adalah barangan motorsikal sebagai contoh cermin sisi, rims tayar dan paling kejam sebuah motorsikal terus lenyap dari pandangan pemilik.
Walaubagaimana pun perkara itu sudah menjadi tabiat rakyat malaysia yang berstatus marhaen dan menjadi satu kesalahan jenayah kerana mencuri.
Berbalik dalam isu marhaen sebenarnya jika tubuh sihat dan waras ia tetap ada peluang untuk berusaha mencari sedikit sebanyak pendapatan harian atau bulanan. Tapi jika memilih untuk melakukan perbuatan mencuri itu sudah tidak boleh dikatakan marhaen kerana ia dipanggil hak individu sendiri untuk melakukan perkara yang salah atau tidak.
Selang beberapa minggu komponen motorsikal bahagian cermin sisi aku telah dicuri kiri dan kanan, jadi dengan tenangnya aku terima qada dan qadar ini cuma aku mula berfikir adakah ini perbuatan terpaksa atau saja suka-suka.
Sebab pendapat orang yang berpengalaman, bila sekali mula mencuri ia akan jadi satu hobi yang sukar dibendung melainkan minta keampunan dari Maha Esa akan perbuatannya.
Manakala jika terpaksa mungkin ia adalah dari golongan marhaen yang mempunyai sebuah motorsikal tapi tidak mempunyai tabung untuk membeli alat gantian.
Apa tidaknya, ada golongan ibu-bapa sudah mula mengikut kehendak anak kecil seperti membelikan motorsikal untuk anak yang masih belum bekerja atas sebab keperluan harian atau paksaan.
Kita faham dalam situasi begini, ibu-bapa juga sukar untuk membuat keputusan kerana jika tidak turutkan permintaan anaknya suatu hari nanti risau ia akan melakukan perkara lebih teruk untuk mendapatkan sesuatu atas kerana tidak tahan melihat rakan sebaya yang sudah memiliki.
Tapi bila sudah ditunaikan permintaan walaupun anak masih belum punyai pendapatan tetap, perkara-perkara diatas tetap akan berlaku kerana sudah memang jadi tabiat manusia yang mempunyai sifat tidak pernah cukup.
Bila komponen kenderaan sendiri tercicir atau berlaku kerosakkan, akalnya sudah mula beroperasi untuk mencari jalan penyelesaian. Jika minta pertolongan dari ibu-bapa sudah pasti yang dapat hanya dimarahi sahaja, manakala jika minta pendapat dari sahabat yang salah jawapannya sudah pasti kearah yang salah dan merbahaya.
Jadi dalam situasi diatas hendaklah seseorang cuba berfikiran matang sebelum melakukan sesuatu yang salah kerana setiap kesusahan itu tidak akan berakhir dengan kesusahan melainkan kita sendiri yang mengubahnya.
Ingatlah jika kita susah masih ada golongan yang lebih susah dari kita, manalah tahu kepunyaan komponen yang kita curi itu pun mengalami kesusahan sendiri seperti hilang pekerjaan ke atau masih belum dapat makan ke.
Ciri usaha yang aku mula terapkan adalah beli cermin sisi yang baru dan tulis nama singkatan serta tarikh beli di bahagian belakang sebab kata orang tua usaha yang kecil kadang kala dapat keberkatan.