Terkini

Apakah Kegunaan Protokol 2G/ 3G/ 4G Pada Telefon Mudah Alih Anda?

GSM-2G, WCDMA-3G, LTE-4G


Teknologi GSM adalah teknologi yang kita sering guna dan hampir 80% daripada pengguna telefon bimbit wajib menggunakan teknologi ini untuk membuat panggilan. Secara tidak langsung ia adalah protokol standard dan tanpa wayar untuk komunikasi mudah alih.


GSM telah diperkenalkan semenjak tahun 1982 dan protokol rasmi telah dilancarkan di Finland pada tahun 1991 dan dianggap sebagai protokol generasi kedua yang diberi nama 2G.


Selepas 2G diperkenalkan sebagai teknologi komunikasi yang terbaik ketika itu hingga ke hari ini kerana pengguna dapat bercakap dalam talian dengan jelas berbanding dengan protokol terbaru seperti 3G dan 4G yang merupakan platform membawa data internet kepada telefon pintar dengan berkelajuan tinggi.



Tahukah anda setiap telefon bimbit yang kita miliki masih menggunakan protokol GSM/2G melalui kad SIM (Alat Pengenalan Pelangan).


Setiap kad SIM juga diberikan nombor berlainan supaya boleh dijadikan sebagai alamat untuk berhubung antara satu sama lain, manakala jika anda gemar berhubung melalui talian internet maka ketika itu anda sudah pun memasuki protokol terbaru yang dikatakan 3G dan 4G bergantung pada spesifikasi telefon bimbit.


Dalam masa sama 3G adalah protokol mudah alih generasi ke tiga yang membawakan penggunaan data internet tanpa wayar ke telefon bimbit.


Apa yang mula kita kena faham disini adalah, setiap penggunaan di telefon bimbit adalah melalui protokol yang berlainan bermaksud jika anda sedang menghubungi rakan maka secara automatik tetapan telefon anda akan beralih kepada 2G/GSM.


Manakala jika anda menggunakan internet melalui 3G atau pun 4G maka anda baru sahaja memasuki dunia internet tanpa batasan dan berkelajuan tinggi.


Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa pengguna telefon mudah alih masih tidak boleh beralih kepada protokol yang terbaru secara 100%>


Jawapannya adalah, jika anda beralih sepenuhnya kepada penggunaan 3G atau 4G bermakna anda baru sahaja memilih untuk tidak bercakap secara mudah alih lagi kerana tiada 2G/GSM telefon mudah alih kita sekaligus tidak dapat berhubung antara satu dan lain.


Begitu juga protokol 3G dan 4G, jika anda menghubungi rakan diluar sememang ia tidak akan berfungsi dengan baik kerana protokol ini dikatakan memang khas untuk penggunaan internet.

Maka lama kelamaan tercetus idea untuk membuat protokol bercakap menggunakan protokol internet sebagai contoh yang sudah berjaya adalah Skype seterusnya Whatsapp dan lain-lain lagi.


Tapi ia juga tertakluk pada syarat dan lokasi anda, kerana kawasan 3G dan 4G masih belum meluas dengan sepenuhnya tambahan lagi masih ada pengguna menggunakan panggilan melalui rangkaian 2G kerana lebih jelas dari panggilan internet 3G / 4G.


Walaubagaimana pun kita sudah boleh lihat zaman sekarang jarang sekali pengguna berhubung menggunakan rangkaian 2G seperti SMS yang kita lihat ia mula akan pupus manakala rangkaian 2G juga sudah jarang sekali orang membuat panggilan kerana majoriti sudah boleh dikatakan mempunyai telefon pintar yang menyokong rangkaian 3G dan 4G.


Manakala penggunaan whatsapp pun sudah meluas kerana dapati ia lebih jimat dari protokol SMS yang dicaj setiap penghantaran dilakukan.


https://en.wikipedia.org/wiki/2G

https://en.wikipedia.org/wiki/3G_(disambiguation)

https://en.wikipedia.org/wiki/4G

ZALORA

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)