Terkini

Cara Berjimat Memilih Hidangan Dirumah Ketika Bujang

Makan diluar atau makan dirumah tiada salahnya kerana masing-masing mempunyai citarasa dan masalah sendiri. Cuma ada beberapa pendapat dari masyarakat yang memilih untuk makan dirumah kerana lebih tenang dan jimat jika dibandingkan diluar.


Jika aku, setelah makan dirumah pasti akan cari lokasi yang menarik untuk menyandar kekenyangan. Manakala jika makan diluar aku harus memikirkan hal-hal yang remeh sebagai contoh menanti pelayan restoran untuk kira atau beratur di kaunter untuk membayar atau memilih hidangan.


Belum diambil kira terpaksa menuju semula ke kereta atau motosikal untuk pulang ke rumah, manakala sesetengah individu juga akan kira jumlah kos perjalanan seperti petrol dan masa. Ini bukan kerana 'kedekut' atau tidak, tapi hal ini wajib diambil kira oleh setiap generasi atau individu.



Aku juga pernah melalui pengalaman dimana orang tua sibuk menyiapkan hidangan dirumah, pada masa itu juga boleh dikatakan hidangan dari air tangan seorang mak lebih sedap dan menarik dari hidangan diluar.


Tapi disebabkan pengaruh dari rakan-rakan pada masa itu yang sedang gemar melepak tak kira siang mahupun malam, terpaksa juga aku memilih makanan diluar yang tidak begitu menyelerakan malahan tidak berbaloi dengan harga.


Kini umur makin tua dan mula belajar dari kesilapan yang lalu iaitu bab makan. Katakan jika diluar kita makan hidangan seperti nasi campur. Macam aku lebih gemar kenakan nasi dengan kuah lemak dan memilih ikan keli goreng serta sedikit sayuran, harga untuk hidangan seperti itu dikenakan sekitar RM5-RM7(lembah klang).


Diatas belum masuk harga air, seterusnya aku mula sedar akan kesilapan ini dan mula mencari akal dan mendidik diri supaya berfikiran lebih positif.


Hari ke hari yang berikut aku mula mengajar diri dengan memikirkan satu perkara iaitu, 'Hidup untuk makan atau Makan untuk hidup'. Tapi jika dengan orang perempuan ayat ini sukar digunakan kerana kaum 'hawa' mempunyai sifat mencuba yang tinggi.


Cubaan berjimat ketika memilih hidangan dirumah, aku cuba memilih lauk yang simple tapi menyelerakan. Sedap atau tidak jangan sibuk fikirkan dahulu kerana memasak ni kata orang lama perlu yakin dan mempunyai ilmu di dapur sahaja.


Kerana nikmat kesedapan semuanya datang dari 'Allah' kita sebagai hamba hanya usaha sahaja. Seterusnya pastikan rumah kita memiliki beras untuk dimasak dan cari pasaraya berdekatan atau kedai runcit yang menjual bahan basah dan kering.


Macam kawasan aku ini mempunyai Mydin Mart menjual bahan basah dan kering cuma harga dia tidak serupa macam pasaraya atau pasar pagi tapi masih dalam misi jimat.


Oleh kerana aku suka sayuran ketika makan nasi, pilihan aku adalah kobis(cameron)*RM2.75, cili padi(merah)*RM2.20, Bawang merah(besar)*RM2.29.**(Aku hanya senaraikan bahan yang aku tiada)


Eh! tak kan makan nasi dengan sayur kobis? Nanti dahulu, cuba tanya pada diri sendiri boleh tak uruskan bahan basah seperti ayam atau ikan segar di dapur.


Jika Ya! anda baru sahaja menuju kearah penjimatan tahap hard core kerana mampu mengurus bahan mentah untuk dijadikan lauk. Manakala kepada yang tidak suka akan kerja itu anda boleh sahaja memilih bahan beku seperti jenama 'Ayam goreng salut tepung'.


Atas pengalaman aku ketika berseorangan ayam goreng salut tepung itulah banyak membantu cuma harganya agak mahal dari ayam mentah di pasar.


Aku pernah memilih jenama 'Saudi Fried Chicken Crispy' harga sekitar *RM11.81, yang berbaloinya ayam beku ini kita boleh catu untuk beberapa hari manakala jika kau lebih dari seorang pendapat aku memang tak cukup.


Kita berbalik pada semua jumlah diatas pada aku mungkin boleh digunakan lebih dari 1hari.

- Kobis(cameron)*RM2.75

- Cili padi(merah)*RM2.20

- Bawang merah(besar)*RM2.29

- Saudi Fried chic(800gm)*RM11.81

Total= RM19.05(tidak termasuk GST%)


Katakan jika aku ambil harga kasar nasi lauk ikan keli dan sayur sekitar *RM7x5hari = *RM35 ,manakala jika bahan diatas boleh dicatukan untuk 5hari kita telah berjimat dengan hanya *RM19.05 .


Dalam erti kata lain tidak mungkin setiap hari aku makan nasi lauk ikan keli dengan sayur selama 5hari. Adakala pasti akan menukar citarasa sebagai contoh hari ini kobis esok pula kangkung dan seterusnya telur dadar haaa macam tu.


Jangan pula hari-hari kau telan 'Saudi fried chicken' mahu koyak dompet tu nanti. Walaupun hari-hari kau beli bahan berlainan hakikatnya kau masih dalam kategori jimat kerana setiap yang kau beli itu dalam kuantiti bukan sekali makan.


Jadi, kita masih boleh simpan di peti sejuk untuk dimakan pada hari yang lain pula. Manakala konsep seperti ini juga akan membuatkan barang dapur kita tidak pernah habis dengan makanan melainkan kau bela singa atau harimau yang kuat makan.


https://www.dtbn.com.my/


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)