Terkini

Honda Jet Menjadi No.1 Di Pasaran Dalam Segmen Saiz Kecil

Honda yang telah dikenali sebagai jenama yang terkemuka di Asia dari motorsikal hingga kepada kereta tapi kali ini pihak honda melangkah lagi kehadapan dengan memperkenalkan HondaJet segmen saiz kecil.



Jet kecil itu telah dibina dan berjaya dijual ke pasaran AS serta di pasaran lain sejak tahun 2015. Syarikat itu mengatakan ia berjaya menjual sebanyak 43 unit pada 2017, kira-kira dua kali ganda angka untuk tahun sebelumnya sekaligus meletakkannya di tempat teratas dalam perniagaan Jet segmen kecil.


Enjin pesawat pula berada di atas sayap untuk memaksimumkan ruang kabin. Ia terus menjadikan pasaran lebih cepat daripada kebanyakkan pesaing.


Jualan HondaJet juga telah berkembang di pasaran AS dan Eropah. Bulan ini, satu rekod telah dinyatakan dimana sebanyak 16 unit HondaJet telah dipesan dari sebuah syarikat Perancis.


Jika dibandingkan Honda sangat berbeza dengan Mitsubishi Heavy Industries, yang bergelut dengan kelewatan dalam pembangunan jet penumpang MRJnya.


Permintaan HondaJet segmen kecil terus meningkat di kalangan eksekutif korporat di seluruh dunia. Honda juga berkata ia akan meningkatkan usaha untuk menjual pesawatnya di pasaran pertumbuhan China dan Asia Tenggara.


http://www.hondajet.com



Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)