Terkini

Membeli Tiket Bas Online Sungguh Mudah Dan Jimat Masa

Tahun yang sudah kita terpaksa keluar semata-mata untuk mencari tikat bas atau bertanyakan bas mana yang ada kekosongan.


Zaman itu dikatakan sekitar tahun 90an(belum lahir) diberitahu ada saat sampai terpaksa duduk di lantai bas hanya kerana kelewatan membeli tiket di kaunter.



Mengikut undang-undang perbuatan itu adalah salah dan tidak mengikut etika perjalanan, cuma zaman itu apa pun boleh asalkan pandai budi bicara dengan pihak penguatkuasa.


Tatapi tidak pada zaman Najib Razak(PM Malaysia) kerana ketika era dia sistem bas dan kebanyakkan sudah beralih kepada kemodenan dan meletakkan sistem sekuriti yang tinggi.


Sebagai contoh kita lihat adalah Terminal Bersepadu Selatan(TBS), pengalaman menaiki bas dari situ menuju ke sepang aku harus melalui 2 pemeriksaan iaitu yang pertama polis bantuan seterusnya kakitangan yang menjaga pintu keluar masuk penumpang.


Selagi mana penumpang tidak mengesahkan tiket dan identiti selagi itu pintu menuju ke bas itu tidak dibuka.


Seterusnya jika tahun 90an tiket bas hanya perlu dikoyakkan atau di senaraikan manakala jika di (TBS) mereka sudah mempunyai sistem pengesan dipanggil QR Barcode.


Pembelian tiket dan pemeriksaan bas apakah yang mempunyai kekosongan sudah pun boleh dilihat melalui atas talian(online) dengan melayari eticketing.tbsbts.com.my


Pengguna diwajibkan mendaftar menggunakan maklumat yang tepat supaya jika berlaku apa-apa pihak syarikat mampu mengesankan indentiti anda.


Seterusnya diwajibkan anda mempunyai sebuah printer untuk melakukan printing tiket atau dipanggil boarding pass.


Menariknya sistem atas talian ini adalah kita boleh melakukan booking pada bila-bila masa sebaiknya awal satu minggu sebelum perjalanan kerana kita bebas untuk memilih tempat duduk yang bersesuaian.


Harga tiket bas pula hampir sama untuk setiap syarikat bas cuma kelebihannya penumpang diberi kuasa untuk menaiki syarikat bas yang mana. Seterusnya kini bas juga sudah mempunyai insuran untuk penumpang berharga sekitar 20sen - 40sen.


Jangan risau, insuran itu tidak memaksa anda untuk bayar dan di atas talian anda ada kuasa untuk tidak mempunyai insuran perjalanan dengan membuang tanda pada kotak insuran yang tertera.


Pengalaman aku ketika menuju kelantan lebih gemar menggunakan bas perdana kerana dapati ia mempunyai suis untuk mengecas telefon bimbit.


Korang pun tahu penggunaan telefon pintar ketika era ini adalah sangat penting kerana sistem sms tidak lagi diguna pakai dan ketika bosan didalam bas boleh juga melayan youtube dan manusia-manusia di alam maya.


Akhir sekali, jimat masa tidak bermaksud anda jimat wang cuma pada pendapat aku masa itu lebih bernilai dari wang. Untuk pengetahuan anda (TBS Online) akan kenakan caj sebanyak RM2 untuk setiap pembelian tiket secara online.


Sebab apa mereka caj pembeli tiket secara online? itu aku belum dapat kepastian cuma kata orang 'nak mudah dan cepat janganlah berkira duit'.


http://tbsbts.com.my/


ZALORA

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)