Pertama kalinya pergi bawa kenderaan ke 'Perodua service' pasir mas, kelantan. Kerana ketika itu aku tidak begitu yakin terhadap kondisi kenderaan tambahan lagi untuk bawa pulang ke Kuala Lumpur.
Tanpa membuang masa aku pun terus menuju ke pusat servis berdekatan secara 'walk in' untuk pemeriksaan kenderaan, bila kau nak walk in pastikan datang seawal yang mungkin jika lewat maka lewatlah kenderaan kau siap.
Ketika itu aku dikatakan pelangan yang pertama hadir untuk penyelenggaraan kenderaan dan tambahan lagi aku bukan penduduk disitu maka layanan dia pun begitu terbaik dan lemah lembuh.
Pusat servis perodua di pasir mas menyediakan ruang menunggu yang begitu bersih dan tersusun, paling menarik ruang menunggu berada dibahagian atas sekaligus dari lokasi menunggu itu juga boleh melihat kenderaan kita dibawah.
Apa yang pomen dia sedang lakukan di kenderaan anda, maka dari situlah kita boleh memantau sambil menikmati secawan kopi dari ruang menunggu jika malas memantau kenderaan kita juga boleh menikmati rancangan premium dari astro.
Kepada ibubapa yang membawa anak kecil, perodua service di pasir mas menyediakan ruang tukar lampin bayi dan ruang permainan untuk kanak-kanak.
Individu berpendapat mungkin ada beberapa pusat servis daerah yang sukar dapat pelangan kerana faktor harga mahal dan saingan dari pemilik kenderaan yang mampu melakukan penyelenggaraan sendiri.
Maklumlah kawasan pendalaman dan perkampungan, tanah mereka juga luas dan sesuai melakukan sebarang aktiviti pertukaran alat ganti kenderaan atau minyak hitam, tidak seperti kawasan bandar yang menetap di apartment terang-terang memang tiada tempat untuk penyelenggaraan kenderaan sendiri.
Ada juga individu berpendapat, pergi bengkel biasa jauh lebih murah dari pusat servis perodua. Ya betul, pendapat aku sebagai pemilik kenderaan harus juga kita melihat beberapa faktor seperti jaminan warranty atau tiada lagi sebarang jaminan dari pengeluar kenderaan.
Katakan pengeluar memberi jaminan selama 5 tahun untuk komponen-komponen yang ditetapkan, maka elok juga pemilik kenderaan ikuti sahaja tarikh jaminan yang ditetapkan kerana khuatir jika pomen dari bengkel lain tersentuh dan menyebabkan jaminan warranty dibatalkan yang rugi adalah kita.
Manakala jika kenderaan anda masih baru(bau kilang) hantar terus ke pusat servis, jika terjadi apa-apa kepada kenderaan anda disitu kita terus boleh claim warranty.
Ada seorang pemilik perodua kenari yang pernah mengalami kerosakkan komponen enjin ketika penyelenggaraan, tanpa melengah pihak pusat servis terus bertanggungjawab menukar seketul enjin untuk kepuasan pelangan.
Pengalaman aku pula, mempunyai masalah lantai kenderaan dipenuhi air ketika hujan dan alang-alang dah sampai ke pusat servis terus minta buat pemeriksaan kebocoran.
Aku lihat pomen dan orang atasan(senior) mereka sedaya upaya mencari pemasalahan kebocoran air dan akhirnya mereka menjumpai ada pemasalahan 'Sealent Skru Cooling Coil & Fix Gromex'.
Dan mereka juga beri aku jaminan jika masih memasuki air sila hadir ke pusat servis untuk pemeriksaan lanjut secara percuma(FOC).
Inilah menariknya jika kenderaan baru dan jaga hal jaminan warranty, kerana pusat servis tidak sia-siakan pelangan mereka sepertimana yang terjadi pada sesetengah jenama kenderaan lain.
Dari pengalaman sendiri, semua pemyelesaian permasalahan kenderaan bergantung pada kepakaran pomen. Jika ada antara kita dapat pomen yang sedang kemurungan memang ala-kadar la jawabnya.
Paling penting untuk pengetahuan pemilik kenderaan baru, pastikan anda tahu keperluan kenderaan anda ketika menghantar pusat servis. Elakkan berkata YA! ketika pekerja pusat servis rekemen kerana ada beberapa perkara yang perlu anda elak.
Ada sesetengah pusat servis sempat selitkan produk-produk yang tidak perlu oleh kenderaan kita contoh seperti shampoo untuk wiper cermin.
Seterusnya, tukar perkara yang penting sahaja seperti minyak enjin, oil filer, gasket dan keperluan lain. Servis aircond pula kalau korang rasa masih sejuk maka tidak perlulah servis kerana angaran kos aircond agak mahal mungkin sekitar RM400+ termasuk alat ganti lain.
Jadilah rakyat dan pengguna yang bijak elakkan dari terpukau, dibawah ini aku sediakan tempat untuk korang dapatkan harga angaran dari perodua supaya boleh kira-kira sebelum berkunjung ke pusat servis yang terdekat.
http://www.perodua.com.my/service-maintenance