Masalah kipas tidak mampu berpusing walaupun mempunyai kuasa elektrik ini bukan berlaku kepada aku sahaja malah ia mungkin pernah terjadi kepada korang juga.
Kes macam ni pernah berlaku pada aku lebih dari sekali seumur hidup, tapi masih gagal membaiki kerana disyaki bahagian motor kipas itu sudah rosak jadi oleh sebab itu blade kipas tu pandai berhenti sendiri ketika sedap pusing menghasilkan angin.
Lagi satu perkara yang perlu kita redha adalah, setiap ciptaan manusia memang tidak akan tahan lama malah jika dalam faktor perniagaan pula sudah semesti kilang kipas itu akan tutup jika mereka berhasil menghasilkan produk yang mampu digunakan seumur hidup manusia.
Senang cerita setiap barangan elektronik yang kita beli boleh digunakan sepanjang hayat kita, macam barang antik lah kononnya.
Pakar DIY memang mampu mengubati penyakit sedemikian, cuma jika dihadapi jenis orang seperti aku ni lambat laun memang kipas tu ke rumah sampah jawabnya.
Kata pakar usaha dan cuba dahulu manalah tahu usaha yang kecil itu berhasil dan mampu diguna pakai lagi 6 bulan ke 12 bulan. Jika tidak berhasil sekurang-kurangnya puas hati dengan hasil ujicuba yang kita lakukan.
Sebagai contoh gambaran original yang diambil diatas menunjukkan ia mempunyai habuk yang tebal dan besar kemungkinan habuk-habuk itu telah masuk ke bahagian motor dan menyebabkan ia tidak boleh berpusing secara normal 'teori aku sahaja'.
Setelah berpusing-pusing mencari punca apa yang menyebabkan motor itu tidak boleh berpusing secara normal walaupun sudah disedut semua habuk yang melekat tu malangnya masih tidak berjaya.
Seterusnya aku menggunakan minyak semburan pelincir WD-40 anti karat dan melancarkan, malangnya ia tetap tidal berpusing dan masih dalam keadaan sangkut walaupun mempunyai getaran ada elektrik mengalir ke motor.
Jalan penyelesaian terakhir, aku belajar untuk redha atas mungkin kerana masih belum cukup ilmu didada untuk membaiki barangan elektronik secara DIY 'Do It Yourself'.