Terkini

8 Tips Usahawan Yang Baru Dalam Dunia Perniagaan

#1. Fokus. Fokus. Fokus.


Bagi yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan pasti ada yang masih tidak dapat tumpu perhatian. Malah sering sahaja membuat lompatan dari bidang A ke bidang B ibarat lalang yang tidak mempunyai pendirian yang tetap serta mudah lemah semangat dalam membuat sesuatu perkara. Pakar usahawan berpendapat individu harus letak perasaan minat dahulu sebelum ceburi mana-mana bentuk perniagaan kerana jika tiada minat perasaan bosan akan menguasai diri kita.



#2. Tahu apa yang anda lakukan, Buat apa yang anda tahu.


Jangan mulakan perniagaan sebarangan tanpa pengetahuan kerana ia bakal memerlukan modal yang tinggi untuk membangun. Sebaiknya jalankan perniagaan mengikut kesukaan dan keselesaan anda dan paling penting bidang yang anda tahu kerana sesebuah perniagaan dibangunkan atas kerana kekuatan dan bakat tersendiri.


#3. Ketahui perkara apa yang anda tidak tahu.


Tiada siapa yang pakar dalam semua bidang, maka jangan berlagak seperti anda mengetahui semua perkara kerana setiap manusia masih memerlukan pendapat dari pihak ketiga iaitu penasihat dan mentor kerana mereka inilah yang akan sentiasa mendorong anda untuk menjadi seorang peminpin yang berjaya.



#4. Berlakon seperti baru mula.


Lupakan tentang pejabat yang cantik dan kenderaan yang mahal, kerana dompet anda seperti darah untuk syarikat. Bermaksud Jika anda sering menyedut darah syarikat maka lambat laun ia akan menjadi kering dan syarikat anda pula menjadi semakin lemah kerana kekurangan darah. Sebaiknya sentiasa dalam keadaan sederhana supaya dapat menjaga saluran darah dengan baik.


#5. Tiada siapa memberi anda duit.


Seperti yang kita ketahui, tiada siapa sudi melabur kepada projek yang sedang kita bangunkan. Maka apabila syarikat sudah mula menunjukkan memerlukan dana yang besar untuk membiayai kos-kos tertentu sebaiknya kita balik mengadap papan putih dan lakarkan sebanyak mungkin stratergi kewangan dan pemasaran sebelum kita melakukan apa-apa pinjaman peribadi dari pihak bank mahupun dari mana-mana pelabur.


#6. Sentiasa menjaga kesihatan.


Entrepreneurship is a lifestyle, bekerja keras akan menyebabkan seseorang kurang rehat sekaligus menurunkan produktiviti syarikat. Sebaiknya buat satu jadual rasmi untuk diri sendiri dan keluarga kerana ia akan melatih anda menjadi seorang yang berdisplin dan tegas.


#7. Jangan cipta batu penghalang.


Jika kita bertanya pendapat dari 100 orang, hasilnya 99% akan bantah manakala baki 1% pasti memberi tanda sokongan. Lumrah kehidupan dalam dunia perniagaan kerana tidak ramai yang ingin melihat kita berjaya dengan apa yang kita usahakan. Sebaiknya kita harus mempunyai keyakinan dan semangat yang tinggi untuk buktikan kepada 99 orang yang membantah itu.


#8. Ketahui waktu bila sesuai untuk berhenti.


Ketua bijak tidak akan memilih untuk karam bersama kapal, sebaiknya menyusun stratergi secara berterusan untuk mendaratkan kapal secara selamat dan tanpa merosakkan mana-mana bahagian. Buang ego sebagai ketua kerana ia akan membawa anda terus karam di lautan yang dalam. Mengalah sekarang tidak bermaksud kalah selamanya, jika ini bukan jalannya mungkin boleh cuba jalan yang lain dalam masa 5 tahun akan datang.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)