Penggunaan logo halal pada pek makanan amatlah penting bagi umat islam di Malaysia mahupun di seluruh dunia bertujuan memastikan produk pilihan mereka halal.
Yang jadi isu apabila pengeluar makanan yang tidak bertanggungjawab mempunyai sikap sambil lewa terhadap kepentingan penggunaan logo halal di Malaysia.
Ya, ramai pemilik produk membahaskan isu lambat menunggu sijil halal di proses. Jadi bagi peniaga bukan muslim mereka lebih berani mengambil jalan mudah iaitu membuat logo halal palsu.
Sebenarnya jika tiada logo halal ia tidak menjadikan masalah terhadap produk keluaran mereka. Cuma dari faktor pemasaran dan pembeli sudah pasti akan mempunyai masalah kerana majoriti pembeli di Malaysia adalah dari orang muslim terutama bangsa Melayu.
Pula tu yang jadi bahaya bagi umat islam di Malaysia, mereka jarang sekali memeriksa kandungan makanan yang tertera sebelum membeli.
Asalkan viral masuk media dan kaca tv terus keluar membeli tanpa usul periksa terdahulu. Itulah kelemahan umat islam pada hari ini kerana mudah sahaja terpengaruh dengan sesuatu iklan dan khabar angin.
Ada juga golongan umat islam di Malaysia hanya fokus logo berbentuk halal sahaja, namun mereka tidak pasti adakah logo itu palsu atau pun asli dari pihak JAKIM.
Untuk pengetahuan umum, logo halal adalah penting buat umat islam seluruh dunia untuk mengetahui adakah sesuatu produk itu dijamin bersih dan halal kerana makanan yang kita telan itu akan menjadi darah daging.
Ya, betul masih ada yang tidak kisah akan isu makanan mahupun minuman asalkan ia mempunyai rasa yang sedap. Tapi lebih baik kita cegah sebelum ia merebak ke seluruh hati kita.
Sebarang pertanyaan yang lebih yakin atau sebarang tips cara mana mengenali logo halal dari JAKIM sila lewati laman sesawang mereka dibawah.