Terkini

Gigagigs : App Jana Pendapatan Untuk Rakyat Malaysia

Dunia semakin canggih sehingga manusia pada masa ini boleh memanfaatkan telefon pintar untuk dijadikan salah satu peluang menjana pendapatan sampingan.



Kerajaan Malaysia yang di pimpin oleh Najib Razak turut memperkenalkan Gigagigs ini melalui program e-rezeki iaitu salah satu usaha untuk membantu rakyat menjana pendapatan dalam konsep digital.


Gigagigs dibangunkan untuk menjadikan masa lapang anda sebagai sumber pendapatan. Ia adalah aplikasi mudah alih yang memberi banyak manfaat kepada individu yang rajin menyelesaikan tugasan mikro.


Tugasan yang individu kena lakukan adalah memeriksa kedai, ujian produk, kaji selidik pengguna dan pelbagai lagi.


Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, aplikasi ini bukan 100% buatan anak tempatan dan ia dibangunkan oleh syarikat dari china iaitu WeiChaiShi.


Teknologi ini sudah digunakan oleh rakyat di China untuk membantu individu menjana pendapatan sekaligus dapat menjadi penyelesaian kos sara hidup yang semakin meningkat.


Aplikasi ini telah memasuki di Malaysia turut diubah menjadi terjemahan dalam bahasa Malaysia untuk memudahkan semua golongan bangsa memahami.



Kow Kuan Hua sebagai pengarah urusan dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang pemasaran serta pernah berkhidmat sebagai pengarah urusan di Nielsen Malaysia pada tahun 2010.


Charles Pei sebagai ketua pegawai eksekutif WeiChaiShi dan rakan teknologi, bertanggungjawab terhadap visi, strategi dan pembangunan infrastruktur syarikat.


Komen aku selepas menggunakan aplikasi Gigagigs Malaysia, penilaian adalah sangat tidak membantu kerana setiap tugasan mempunyai kuota. Aplikasi ini turut tidak dapat membantu penduduk luar bandar kerana ia kelihatan lebih kepada kehidupan dalam bandar.


Manakala jika di kawasan bandar pula, tugasan yang diberi sangatlah tidak memadai dengan jumlah pengguna di Malaysia.


Negeri-negeri di Malaysia juga masih belum boleh dikatakan mempunyai 100 peratus jalur lebar percuma yang disediakan oleh pihak kerajaan.


Jadi bagi pengguna telefon pintar pula terpaksa memanfaatkan data internet mereka untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh aplikasi tersebut.


Apa pun tomahan yang diberi terhadap aplikasi ini, sebagai rakyat harus memuji usaha kerajaan Malaysia kerana telah berusaha untuk memberi pendapatan sampingan.


https://erezeki.my/

http://gigagigs.com/

http://www.weichaishi.com/

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)