Terkini

Kenapa Rakyat Malaysia Sanggup Bekerja Di Singapura

Malaysia dan singapura berpisah tiada kerana rakyat Malaysia sehingga ke hari ini masih berulang alik demi mencari rezeki untuk keluarga.



Ramai yang berpendapat bekerja di singapura bukan sahaja kerana pangkat atau bidang kerja jika ingin tahu sila baca 3 perkara dibawah.


#1. Nilai Matawang

Matawang sesebuah negara mampu mengubah kehidupan manusia pada hari ini. Jika di tanya pada mereka yang bekerja di luar negara atau paling dekat adalah singapura jawapannya adalah faktor nilai matawang.


#2. Tidak pening memilih bidang pekerjaan

Di malaysia kadar gaji individu bergantung pada bidang yang di pilih sebagai contoh mempunyai pangkat dalam mana-mana syarikat terkemuka atau memilih bidang pemasaran dan lain-lain.



Berbeza pula di singapura, jika rakyat malaysia dapat kerja cuci longkang sekalipun nilai gaji (SGD) itu amat tinggi jika dibawa pulang ke Johor, Malaysia.


#3. Mampu memiliki hartanah di Johor.

Walaupun kita dengar sultan Johor pernah mengumumkan perumahan untuk rakyat dengan hanya deposit RM1. Bagaimana pun hakikat rakyat di Malaysia sehingga sekarang masih tidak mampu untuk memiliki rumah.


Kerana gaji purata rakyat Malaysia sekitar RM1000 - RM1500 sedangkan pihak bank memerlukan pendapatan individu atau seisi rumah melebihi RM3000 sebulan sememangnya mustahil.


Penyelesaian

Kerajaan atau parti yang bertanding di Malaysia harus berfikir cara mana untuk mengembalikan nilai matawang Ringgit kepada yang lebih stabil supaya ia dapat setanding dengan negara kecil seperti Singapura.


Apabila MYR dapat bersaing dengan matawang SGD besar kemungkinan rakyat malaysia atau penduduk johor dapat mencari rezeki di negara sendiri.


Sekaligus penduduk johor yang bekerja di singapura dapat menjimatkan masa. Sumber dari pengalaman dari individu yang pernah bekerja di singapura mereka mengakui masa banyak dibazirkan di jalan raya kerana kesesakkan yang terlampau padat diwaktu pagi mahupun di sebelah malam ketika pulang.


Seterusnya ada yang berpendapat, demi mengejar nilai matawang singapura pekerja-pekerja ini terpaksa mengalami kekurangan tidur disebabkan terpaksa keluar seawal 4.30 pagi setiap hari.


Tiba dirumah pula, semestinya di sebelah malam iaitu mungkin jam 10 malam atau 11 malam.


Jadi kepada rakyat yang cerdik dan pandai tahukah anda negara singapura adalah cebisan dari tanah persekutuan Malaysia tetapi kenapa penduduk johor harus bermatian bekerja di singapura?


Adakah kerajaan pada hari ini tidak ambil tahu akan kesusahan penduduk johor, kenapa menteri-menteri yang ada tidak pernah memikirkan sebab apa penduduk johor terpaksa mencari rezeki di negeri yang kecil seperti singapura.


Rakyat malaysia juga diberi kuasa untuk mengubahkan pentadbiran kerajaan setiap 5 tahun sekali. Jika anda rasa tidak logik terhadap pentadbiran yang ada sekarang maka rebutlah peluang yang ada itu dan jangan abaikan kerana setiap undian anda adalah penentu masa depan negara dan generasi.


PRU 14


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)