Malaysia Thailand Halal Food Festival(MATHAF) sedang berlansung di petaling jaya berhampiran Giant Sri Manja, Petaling Jaya Selangor. Di situ dipenuhi dengan pelbagai aneka makanan dari Thailand yang kelihatan sedap.
Festival itu berlanjutan dari 19april sehingga 28april 2018 dari jam 10pagi sehingga 12 tengah malam. Setelah aku membuat tinjaun kelihatan memang menarik tambahan lagi lokasi itu betul-betul berhampiran dengan pasaraya Giant.
Maka senang bagi pengunjung untuk membeli belah di Giant sekaligus menikmati pelbagai hidangan dari Thailand sebagai contoh yang terkenal di Malaysia adalah somtam dan kerabu.
Sebelum ini MATHAF juga pernah diadakan di penang dan baru-baru ini di shah alam, selangor. Jadi bagi penduduk petaling jaya yang tidak sempat pergi festival di shah alam tempoh hari kini anda berpeluang hadir di pasaraya Giant sri manja untuk menikmati hidangan Thai yang anda gemari.
Setelah aku membuat tinjauan siang tadi dapati gerai-gerai mereka sudah mula dipenuhi dengan pengunjung berdekatan. Cuma pada hari pembukaan festival itu peniaga menghadapi sedikit cabaran iaitu mengenai cuaca kerana di sebelah petang hujan lebat sedang membasahi bumi.
Walaupun hujan ia tetap tidak mematahkan semangat pengunjung untuk hadir menikmati makanan kegemaran mereka. Tambahan lagi khemah dan payung semua lengkap untuk para pengujung berteduh dari hujan sambil menikmati hidangan.
Menariknya lagi festival itu berlangsung sehingga jam 12 tengah malam, bagi yang baru pulang dari tempat kerja korang turut sempat untuk merasai makanan Thailand.
Cuma dari pengalaman aku yang pernah travel di kelantan, harga makanan thailand di festival ini jauh mahal dari di kelantan. Cuma aku berpendapat positif sebagai peniaga diluar sana tambahan lagi dari jauh seperti siam.
Perjalanan mereka mungkin memakan berjam-jam untuk memeriahkan festival MATHAF di Malaysia, mereka juga pasti harus membayar sewa tapak peniagaan mereka di setiap festival.
Tidak mungkin penganjur akan menyediakan tapak percuma buat mereka, belum masuk kos barang mentah mereka kerana apa yang aku dapat lihat peniaga disitu juga akan masuk ke pasaraya Giant untuk membeli bahan-bahan yang kurang.
Akhir sekali aku curiga terhadap peniaga-peniaga kerana tidak semua kelihatan seperti dari siam malah aku lihat ada juga peniaga tempatan yang berasal dari kelantan menjadi sebahagian peniaga warga Thai tapi kata kenalan aku kelantan-siam tiada beza.