Terkini

Pelajar Ditahan Atas Kesalahan Membeli Pil Terlarang Menggunakan Bitcoin Di Pasaran Gelap

Bertahun sudah lamanya pihak berkuasa berjuang untuk menentang penggunaan web gelap(deepweb). Walaupun pihak berkuasa dapat membanteras pembeli atau penjual namun ia masih bukan cara penyelesaian untuk membendung aktiviti itu.



Penangkapan seorang pelajar Indonesia dilaporkan telah membeli pil hayal melalui pasaran gelap di Belanda dan ia membuat pembelian menggunakan matawang Bitcoin supaya sukar untuk dikesan.


Pelajar dari Universiti Diponegoro di Semarang telah ditangkap berdekatan asrama oleh pasukan dari badan narkotik Jawa Tengah.


Sama ada pelajar itu sebahagian dari peniaga atau sebahagian daripada rangkaian dadah belum dapat dikenal pasti. Menurut laporan pelajar itu berada di tahun terakhirnya di sekolah hal ehwal maritim.



Sumber mengatakan dengan membeli barangan terlarang itu dari luar negara iaitu Belanda, pelajar itu mampu memperolehi tiga kali ganda jumlah pil untuk separuh harga pasaran di Indonesia.


Tertuduh mendakwa dia membeli pil hayal itu menggunakan proses yang sama pada tahun lalu. Dan ketika itu penghantar barangan itu telah ditahan oleh pihak kastam di pelabuhan Tanjung Emas di Semarang.


Aktiviti ini bukan sahaja di Indonesia malah juga terjadi hampir diseluruh negara. 5 bulan lalu pelajar dari Universiti Manchester juga ditahan selepas dikesan menjalankan sindikit penjualan pil terlarang.


Sumber mengatakan mereka berjaya menjual lebih daripada £ 800,000 ($ 1.12 juta) di web gelap menggunakan bitcoin.


Pemimpin mereka yang diberi gelaran Darknet Drug Dealer of the Year menerima hukuman 15 tahun penjara, manakala hukuman yang tersisa berjumlah 40 tahun antara banduan lain.


Pihak berkuasa berkata setiap gerak geri anda sentiasa diperhatikan dan disiasat sama ada mempunyai aktiviti terlarang atau pun lain-lain.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)