Terkini

PTPTN : Peraduan 'Go Cashless & Win' Untuk Pemegang Akaun

Tabung pendidikan Malaysia sentiasa berusaha dalam membuat pelbagai peraduan demi masa depan rakyat terutama bagi peminjam.



Kerajaan membantu individu yang ingin melanjutkan pelajaran dengan bantuan pinjaman bayar balik dengan kadar faedah 1%.


Hasilnya sehingga kini pihak PTPTN dibelengu dengan pemiutang yang gagal menjelaskan bayaran balik. Pula itu mengikut pemiutang sering memberi alasan tidak mampu melangsaikan kerana masih tidak dapat pekerjaan.


Bagi kerajaan dan pihak PTPTN, alasan itu dianggap tidak bertanggungjawab kerana statistik di bank negara menunjukkan pemiutang pernah bekerja malah ada juga bekerja sehingga berjaya memiliki sebuah kenderaan.


Bukan itu sahaja malah ada juga dikesan mampu melancong keluar negara sedangkan diri itu masih berhutang dengan pihak PTPTN.



Oleh kerana itu ada menteri dari pihak kerajaan memutuskan untuk melaksanakan senarai hitam terhadap pemiutang dan sekaligus menghalang mereka untuk keluar negara.


Terkini, pada tahun 2018 PTPTN berusaha lagi untuk melakukan beberapa peraduan demi memujuk pemiutang melakukan pembayaran balik.


Peraduan Go Cashless & Win menawar hadiah kad petrol bernilai RM500 setiap bulan bagi kategori bayaran balik pinjaman dan kategori deposit SSPN1M.


Bilangan cabutan adalah berdasarkan transaksi sekurang-kurangnya RM100 bersamaan dengan satu(1) cabutan.


Seorang individu hanya boleh memenangi satu hadiah daripada setiap kategori cabutan pada bulan yang sama.


Keputusan pemenang yang diumumkan oleh PTPTN adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.


Sekiranya berlaku kematian kepada peminjam dalam tempoh promosi, akaun peminjam masih layak untuk menyertai cabutan.


Untuk keterangan lanjut sila lewati laman sesawang PTPTN dibawah, selamat membuat pembayaran balik 'Hutang tetap hutang'.



https://www.ptptn.gov.my/


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)