Reddit sebahagian tempat untuk pengumpulan berita dan platform perbincangan yang terkemuka ketika ini. Reddit tidak lagi menerima pembayaran Bitcoin untuk ahli premium ekoran mungkin masalah penurunan harga pasaran.
Kini pembayaran keahlian sudah berbalik kepada asal iaitu menggunakan sistem Paypal dan Kad kredit. Pendapat pengguna ia menimbulkan kebimbangan kerana maklumat mereka mungkin akan terdedah jikalau sistem Reddit berjaya di godam.
Sejarah forum juga mengatakan Reddit adalah satu daripada nama terkemuka yang pertama mengamalkan cryptocurrency untuk keahlian premium semnenjak 2003.
Malangnya laman web ini telah memutuskan berhenti menggunakan matawang digital sebagai pembayaran keahliannya tidak lama lagi. Alasan utama adalah fee bitcoin pada hari ini menjadi semakin tinggi dan mahal sekaligus ia bakal membebankan pengguna.
Bitcoin telah cuba menangani masalah ini pada masa lalu dengan menurunkan bayaran fee sekitar $60 tahun lepas. Walau bagaimanapun bitcoin bukanlah matawang yang pernah digunakan sebelum ini tambahan lagi sokongan terhadap matawang digital semakin berkurangan dari masa ke semasa kerana sering di ganggu oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti penggodam.
Seterusnya ada yang berpendapat keputusan Reddit untuk berhenti menerima pembayaran bitcoin adalah disebabkan bug dalam sistem pembayaran semasa.
Seperti yang kita ketahui kebanyakkan penyokong bitcoin yang hadir dari syarikat adalah bergantung kepada orang tengah seperti syarikat Coinbase. Malangnya syarikat-syarikat orang tengah ini sering kali di ganggu gugat oleh pihak berkuasa.
Coinbase juga mempunyai pemasalahan sistem sehingga mereka terpaksa mengumumkan kepada pelangan supaya beralih kepada platform baru.
Tambahan lagi katanya, rangkaian bitcoin sudah tua kerana ramai yang sudah beralih kepada alt coins seperti litecoin dan etherium.