Memiliki kenderaan jenis kereta bukan sahaja untuk bersuka-ria mahupun mudah nak berjalan sana sini, realiti ia sebenarnya adalah beban yang harus dipikul selama 7 hingga 9 tahun.
Ramai berpendapat ia adalah keperluan harian ya, memang benar terutama untuk kaum wanita dan yang berkeluarga sebelum tu sila perhatikan pendapatan bersih bulanan anda adakah ia melebihi dari RM2,000 sebulan setelah tolak EPF/Sosco/EIS dan hutang PTPTN jika ada.
Jika bawah dari RM2,000 sebulan mengikut pendapat pakar ekonomi dan statistik harga kereta di Malaysia pelangan dinasihatkan untuk elak dari melakukan sebarang hutang bank berkaitan kenderaan kerana jika tersilap langkah anda bakal tidak tidur malam kerana memikirkan hutang bank yang tertunggak.
Katakan anda seorang lepasan ijazah dan sukar untuk memiliki pekerjaan yang bergaji bersih RM2,000 keatas sebulan pula tu anda sedang menyewa kediaman baik rumah atau bilik sewa hasilnya anda pasti akan kurus kerana tidak cukup makan disebabkan pendapatan habis buat bayaran komitmen bulanan.
Kita bukan sahaja perlu fikirkan tentang bulanan bank malah kita juga harus memikirkan kos lain berkaitan seperti Petrol, Tol, Parking, Insuran, Cukai jalan dan paling penting adalah penyelenggaraan setiap 6 bulan sekali atau setiap bulan itu belum lagi kos topup telefon bimbit, ibu/bapa di kampung.
Harga insuran kenderaan pula bergantung pada tahun keluaran dan NCD yang dimiliki, katakan anda memiliki kenderaan baru dan mempunyai 1000cc enjin. Jumlah insuran yang wajib anda langsaikan untuk tahun permulaan adalah sekitar RM1,200 bergantung pada diskaun NCD setiap tahun dan lain-lain penambahan seperti bencana alam dan cermin kenderaan.
Tapi nak dijadikan cerita sekarang sudah mempunyai pelbagai saluran islamik mengikut syariah atau dikenali Takaful. Pengalaman menggunakan kedua-dua saluran iaitu insuran Konvensional dan Takaful dapati kearah islamik lebih baik dan memuaskan kerana kita tahu kemana wang yang disalurkan jika dibandingkan dengan konvensional.
Pengalaman tahun pertama adalah Takaful setelah itu cuba pula konvensional kerana satu bumbung dengan syarikat kononnya mudahlah jika nak berurusan. Ketika itu pula syarikat insuran konvensional juga menawarkan diskaun sebanyak 5% kepada kakitangan kononnya bangga la tu dapat diskaun.
Tahun seterusnya dengan ekonomi yang tidak menentu, aku berusaha untuk mencari insuran kenderaan yang lebih murah dari harga konvensional sedia ada. Akhirnya setelah aku selongkah pelan motor takaful, jumpa pula website takaful yang mempunyai sistem sebut harga secara atas talian terus dari laman sesawang Takaful Malaysia.
Disitu aku rasa sistem website Takaful Malaysia sangat telus dan mudah difahami kerana satu persatu dia bertanya adakah kita mahu melindungi apa-apa selain dari kenderaan.
Yang menarik perhatian aku adalah pihak Takaful Malaysia memberi harga diskaun setinggi 10% kepada pelangan juga memberi perlindungan percuma untuk 2 orang pemandu bagi tahun pertama harga pula jauh berbeza dari syarikat konvensional yang pernah aku langan sebelum ni serta pihak takaful juga mempunyai program cash back mengikut terma dan syarat.
Kerja memperbaharui insuran kenderaan pada masa sekarang juga sudah mudah kerana tidak perlu lagi untuk beratur lama di kaunter yang terpilih seperti pejabat pos malaysia dan lain-lain.
https://www.takaful-malaysia.com.my/