Terkini

09 Mei 2018 Hari Bersejarah Malaysia Kerana Rakyat Telah Memilih Kerajaan Baru

Setelah berehat beberapa hari dalam dunia blog dalam menghadapi musim pru ke 14, sebagai rakyat bawahan seperti aku haruslah pelajari lebih mendalam tentang dunia politik supaya tidak salah memilih.



Pelajari bukan bermaksud aku ingin menjadi sebahagian daripada mereka cuma apa yang berlaku hari ini akan memberi impak pada masa hadapan. Kata cikgu di sekolah apa yang kau pelajari hari ini kelak ia akan berguna.


Tapi tidaklah bermaksud apa yang kau belajar di sekolah 100% peratus akan berguna di dunia realiti, pengalaman dunia di bangku sekolah dan dunia diluar jauh berbeza.


Sebelum melanjutkan lagi penulisan ini aku ingin menyatakan blog ini tidak ada sebarang kaitan dengan dunia politik. Apa yang tertulis disini hanya sekadar pendapat dari rakyat bawahan sekaligus tidak memihak pada mana-mana parti politik tanah air.



Bagi yang terjumpa artikel ini mohon baca secara hati yang terbuka kerana bangsa di Malaysia terutama Pribumi / Bumiputra pada masa kini mempunyai ideologi yang berbeza sama ada dari segi agama mahupun kefahaman.


Sumber sejarah Malaya dahulu kala menceritakan setiap bangsa mempunyai peluang pekerjaan masing-masing. Ada yang berada di bandar berniaga, menoreh getah dan peneroka.


Kenapa ia kelihatan berbeza maka jawapan dia adalah kerana semua keputusan dibuat oleh pemimpin Malaya bersama british dengan perjanjian tertentu.


Sehingga ke hari ini orang tua yang masih terperuk di tanah teroka itu masih menerima 100% peratus berita dikaca tv sehingga menyebabkan tiada kemajuan di kawasan mereka.


Semenjak dari itu juga kerajaan tidak pernah bertukar kepada parti lain kerana semua saluran media seperti surat khabar tidak henti-henti digunakan untuk memburukkan parti pembangkang tanpa henti.


Selepas itu barulah lahirnya parti pembangkang yang lain iaitu serpihan dari parti kerajaan Barisan Nasional(BN) dan parti pembangkang iaitu PAS. Maka mula dari situ parti serpihan ini terus menerus melawan parti kerajaan yang ada ketika itu sehinggalah terciptanya hari bersejarah Malaysia setelah parti-parti ini bergabung untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Dato sri Najib Razak pada 9 mei 2018.


Iaitu pada pilihan raya ke 14 di Malaysia pihak pembangkang dibawah naungan parti Pakatan Harapan(PH) telah berjaya menawan hati rakyat untuk bersatu demi menjatuhkan parti kerajaan sedia ada iaitu Barisan Nasional(BN).


Parti kerajaan baru yang telah memenangi pilihan raya ke 14 di pimpin oleh Tun Mahathir Mohamad menubuhkan kabinet baru bagi tujuan dan melantik anggota veteran untuk jadi penasihat kerajaan bertujuan menyelesaikan masalah isu negara yang dikatakan makin parah.


Parti kerajaan yang baru iaitu dibawah Pakatan Harapan yang di pimpin oleh Tun Mahathir Mohamad serta beberapa gabungan parti yang dulunya pembangkang tapi kini sudah menjadi kerajaan sedaya upaya berjuang demi menghapuskan rasuah yang sedang berleluasa di Malaysia.


Beberapa ketua jabatan dan bekas menteri ketika era Barisan Nasional juga turut disiasat secara mendalam akan asset yang mereka perolehi.


Jika didapati bersalah, kekayaan mereka akan di serahkan semula kepada rakyat kata Perdana Menteri Malaysia ke 7 Tun Mahathir Mohamad yang berusia 92 tahun.


Pada zaman pemerintahan parti kerajaan Barisan Nasional(BN), pelbagai cukai telah dikenakan pada rakyat iaitu isu utama adalah GST 6% dan lain-lain.


Setelah 2 tahun rakyat Malaysia ditekan oleh pemerintah zalim maka sudah masanya untuk tukar pemerintah dimana menjanjikan penghapusan GST 6% dan sekaligus cantas individu dalam jabatan yang menerima rasuah.


Seterusnya kerajaan baru yang dipimpin oleh Pakatan Harapan turut akan mencari jalan penyelesaian bagi isu hutang negara yang semakin naik.


Pakar ekonomi juga kata jika hutang negara dapat dikurangkan sekaligus kos sara hidup rakyat akan berubah kerana barangan keperluan sudah menjadi murah.


#PRU14

#MalaysiaBaru

#PakatanHarapan

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)