Masyarakat Malaysia tidak berhenti bertanya dan mengeluarkan kenyataan adakah Malaysia semakin teruk atau semakin baik dengan pimpinan parti kerajaan yang baru ini.
Sebelum itu ingin mengatakan blog ini tidak memihak kepada mana-mana parti politik tanah air, cuma lebih dengan pendapat dan pemikiran sendiri sahaja. Boleh terima sila terima tidak boleh terima sila suaikan pendapat masing-masing di kotak komentar dibawah.
Aku sebagai rakyat bawahan memang tidak nafikan Najib juga telah berjaya membawa Malaysia kearah pembangunan yang maju dan berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat sebagai bukti korang yang tinggal dikawasan bandar seperti kuala lumpur ada tak perasan bangunan pusat membeli belah makin bertambah.
Itu bermakna peluang pekerjaan juga akan bertambah kerana terciptanya pusat membeli belah yang pesat membangun. Persoalannya anak muda sekarang ini nak atau tidak sahaja bekerja sehingga lewat malam.
Baiklah seterusnya kita lihat pula penjawat awam yang berstatus kontrak ketika era pimpinan Najib dimana mereka sempat merasa bertugas dan berkhidmat di jabatan kerajaan walaupun dalam status kontrak mahupun sambilan.
Bukan itu sahaja malahan pada era Dato' Sri Najib telah menubuhkan beberapa jabatan seperti SPAD atau mungkin ada banyak lagi mana yang faham, faham laaa.
Adakah Penubuhan Jabatan Baru Membantu Ekonomi Negara?
Huraian di atas mungkin sedap didengar oleh penjawat awam yang bertugas, tapi malangnya ia tidak sedap didengar oleh rakyat bawahan seperti aku ini.
Pada awalnya aku agak keliru adakah tugasan JPJ dan SPAD mempunyai banyak perbezaan? Kalau ada tugasan baru atau sistem baru kenapa tidak serahkan kepada JPJ untuk melaksanakan.
Setelah tukar parti kerajaan, SPAD akan dimansuhkan kelihatan jabatan ini seperti tiada fungsi pula tu menteri pengangkutan berkata akan cuba menyerap lebih 800 ahli SPAD kedalam JPJ.
JASA juga akan dimansuhkan sekaligus kakitangan yang tidak sempat diserap sebagai pekerja tetap akan di tamatkan kontrak mereka bagi memotong kos kerajaan dari membayar gaji.
Kesimpulan disini adakah dengan proses memansuhkan jabatan dan memberhentikan pekerja kontrak akan mendatangkan malapetaka di Malaysia? Pada pandangan aku ia tidak jadi masalah buat individu yang telah ditamatkan kontrak.
Cuma yang jadi masalah bilamana ketika kau sedap bertugas di jabatan kerajaan telah berhasrat ingin memiliki kenderaan mahal dan melakukan pinjaman yang mungkin jauh diluar kemampuan.
Maka aku berani cakap individu seperti ini adalah orang yang pertama akan kelam kabut jika ditakdirkan ditamatkan kontrak. Manakala individu yang tiada komitmen tidak terjejas dalam isu penamatan kontrak kerana sejujurnya masih banyak pekerjaan yang sedang menanti diluar sana cuma nak atau tidak sahaja.
Akhir sekali pada pandangan aku setiap penubuhan jabatan baru pasti memerlukan dana yang banyak dan sudah semestinya diperah dari poket rakyat sebab konsep dia adalah tiada rakyat tiada jabatan kerajaan.
Adakah Menghantar Pulang Pekerja Asing Rakyat Tempatan Mempunyai Pekerjaan?
Ini juga salah satu faktor kenapa Malaysia kelihatan seperti tiada pekerjaan untuk rakyat sendiri nak dijadikan cerita sebenarnya bukan tiada kerja untuk rakyat sendiri cuma generasi sekarang ini memang memilih tak macam warga veteran yang telah bertugas di sektor swasta dimana mereka mampu bertahan walaupun ketika zaman itu permulaan gaji hanya sekitar RM900 sebulan.
Tapi apa akan jadi jika generasi sekarang dapat pekerjaan gaji RM900 adakah mereka dapat menampung kos sara hidup yang semakin bergerak maju dengan pelbagai teknologi. Ya, sudah pasti tidak mencukupi kerana pada zaman sekarang rata-rata sudah mempunyai komitmen untuk melangan data internet di telefon mahupun talian tetap dirumah seperti Unifi.
Jadi apa penyelesaian menteri pilihan rakyat patut lakukan? seperti yang dijanjikan kerajaan Malaysia akan kurangkan pekerja asing dengan menghantar mereka pulang ke negara masing-masing dan menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Eh? ada kena mengena ke hutang negara dengan kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi ni, sebenarnya bagi memulihkan masalah kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi kerajaan harus bekerja keras bagi tujuan membayar balik hutang negara yang dikatakan hampir 1 trilion!.
Apakah Rancangan Tun Mahathir Bagi Mengurangkan Masalah Hutang Negara?
Rancangan Tun Mahathir sudah semestinya akan memotong gaji ahli menteri sebanyak 10% demi mengurangkan kos belanjawan kerajaan dan selebihnya akan digunakan untuk membayar balik hutang negara.
Seterusnya rancangan Tun Mahathir adalah menggerakkan anggota SPRM untuk siasat asset bekas menteri supaya dapat merampas balik jika disabitkan atas kesalahan rasuah maka asset yang dirampas itu akan dipulangkan semula kepada rakyat dan negara.
Benarkah Janji 100 Hari Akan Ditunaikan Oleh Kerajaan Pakatan Harapan?
Mengenai janji 100 hari pada aku bukan mudah untuk ditunaikan oleh kerajaan baru memandangkan pelbagai lubang kena dikorek semula mana yang faham, faham laaa supaya dapat jumpa apa-apa bukti yang menyalahi undang-undang lepas tu mencari tanah untuk menutup lubang yang semakin membesar.
Setelah melihat kerajaan baru ini menjalankan tugas kelihatan sudah mula nampak jabatan-jabatan yang ditugaskan sudah mula kembali sibuk manakala dengan memansuhkan jabatan yang dirasai tidak mendatangkan keperluan kepada negara dan rakyat ia dapat menjimatkan kos.
Dan baru-baru ini tular di internet dimana kerajaan ingin tunaikan janji 2% kwsp untuk golongan suri rumah, cuma yang sedihnya ura-ura akan ditolak dari kwsp suami, mahu tak kaum lelaki atau suami memberontak sekejap dan berharap 2% itu adalah pemberian ikhlas dari kerajaan baru.
Janji seterusnya kerajaan baru juga akan menghapuskan cukai GST% pada 1 Jun 2018 secara berperingkat, manakala ketika itu rakyat pula berharap dapat merasai penurunan harga barangan cuma tidak pasti sama ada harga barangan akan betul-betul dapat diturunkan atau tidak. Besar kemungkinan harga berangan akan naik mengikut keadaan inflasi hutang negara maka sama-sama kita nantikan.
Bagaimana Pula Tentang Penurunan Harga Barangan Seperti Makanan Dan Perumahan?
Dalam 100 hari memang agak mustahil kerajaan baru ingin menunaikan janji-janji yang lain seperti mana yang tertera didalam manifesto. Cuma dalam bentuk fahaman ekonomi kerajaan perlu mencari jalan dan menyusun stratergi untuk mengurangkan hutang negara supaya inflasi dapat dikurangkan sekaligus harga barangan juga dapat dikawal semula.
Sebelum ini segelintir rakyat berpendapat lebihan baki cukai GST% yang di perah oleh kerajaan dari rakyat mungkin digunakan untuk membayar hutang negara, manakala di era pimpinan kerajaan baru iaitu pakatan harapan pula sedang berusaha untuk menghapuskan cukai GST%. Maka rakyat masih menunggu berita atau cara bagaimanakah kerajaan baru ini bekerja untuk membayar semula hutang negara yang dikatakan hampir mencecah trilion.
katakan kerajaan baru ini gagal mengurangkan kadar hutang negara dalam masa terdekat, demi menjaga janji 100 hari itu mungkin akan memberi semula subsidi barangan keperluan kepada rakyat maka disitu barulah kita akan rasa penurunan harga.
Apa yang rakyat harap dari kerajaan baru ini adalah "Tingkatkan Prestasi Kurangkan Spekulasi".