Atas permintaan majikan yang terlalu berharap ingin menghantar aku travel ke negeri kelantan atas urusan kerja yang sukar dikawal oleh pihak sana, maka aku pun mengatakan setuju dan pada mulanya orang atasan menawarkan menggunakan pengangkutan udara yang dikatakan akan tiba disana kurang dari 1 jam.
Aku pun respon kepada orang atasan, perjalanan ke negeri kelantan jika melalui udara memang kurang dari 1 jam, tetapi masa untuk menunggu flight tu rasanya mahu lebih dari sejam kerana pihak syarikat penerbangan ingin para pelangan check in awal.
Seterusnya aku menawarkan untuk menggunakan pengangkutan sendiri dan ikut kiraan kilometer yang dibenarkan dan akhirnya pihak atasan meluluskan kerana mempunyai alasan kukuh membawa beberapa peralatan.
Jika luar semenanjung memang logik menggunakan laluan udara kerana tak kan pula aku nak bawa kenderaan menyelam merentasi lautan malaysia untuk tiba ke perairan sarawak.
Colek-colek di Kelantan
Makanan ini memang terkenal di negeri cik siti wan kembang ( kelantan ), kerana kata rakan sekerja disini rakyat pantai timur ni tiada perkara lain melainkan menikmati makanan.
Katanya di negeri kelantan tidak seperti negeri yang lain yang mempunyai pelbagai aktiviti hiburan seperti pusat karaoke dan lain-lain. Di kelantan aktiviti kami tidak lain tidak bukan ialah menikmati makanan.
Oleh kerana itulah jika orang luar berjalan di negeri kelantan mereka akan melihat kedai makan sepanjang jalan. Sehinggakan tidak tahu ingin berhenti atau memilih lokasi untuk menyantap.
Dinasihatkan jika orang luar datang berjalan di bandar kota bharu, mohon cari kenalan yang boleh menemani anda berjalan kerana bahasa itu menunjukkan bangsa dan budaya. Seperti biasa yang terjadi dimana-mana jika loghat tidak sama ia akan mudah dikenali oleh orang tempatan sekaligus ia akan menyukarkan kita sebagai orang luar untuk melakukan tawar menawar.
Colek ini macam Rojak ke?
Pada pandangan mata aku, cara hidangan memang kelihatan seperti rojak kerana boleh dikatakan semua makanan dicampur ke dalam 1 pingan. Tapi bila ditanya pada orang tempatan ia jawab bukan rojak tapi colek-colek.
Aku pun haaa kan aje disebabkan rojak dan colek adalah hidangan dan rasa yang berlainan, colek dihidangkan dengan pelbagai campuran lauk pauk seperti sotong sumbat pulut, ayam goreng, ikan goreng, paru, togey, tauhu, timun serta disaluti bersama sos (kuah) yang sedap.
Begitu juga dengan colek buah, dalam satu pingan tu penuh dengan pelbagai potongan buah-buahan. Ada yang masam, tawar, manis serta pahit pun ada kata orang pahit itu ubat nahh amik kau.
Tiada gambaran yang boleh dikongsikan
Adakala aku mempunyai perasaan segan untuk mengangkat kamera tambahan lagi jika ketika dalam suasana orang ramai. Pergh aku cakap sama korang, nak angkat telefon pintar pun segan apa lagi nak guna kamera yang ada tu untuk ambil gambar makanan atas meja.
Risau nanti kata orang tempatan aku ni orang gila sebab ambil gambar makanan tidak kira tempat tambahan lagi lokasi yang aku datang makan tu memang tak tunggu lama. Rata-rata pelangan yang datang memang makan-makan terus angkat buntut balik untuk beri tempat duduk kepada pelangan yang baru sampai.
Maka aku pun tanpa melengah masa, zup zup terus menerus menikmati colek yang mempunyai pelbagai lauk pauk sehinggakan tak sempat nak belek whatsapp dan lain-lain di telefon pintar.
Cuma yang aku boleh dapat adalah gambaran dari celahan google iaitu ada insan blogger yang sudi berkongsi gambar seperti diatas itu haaa.. Menarik kann !
Lokasi makan Colek di kota bharu kelantan?
Haaa .. ni lagi satu perkara yang sukar untuk aku jawab kerana ketika itu rakan sekerja yang bawa tahu je dah sampai. Tapi spot lokasi yang aku boleh kongsi adalah di cherang kota bharu, kelantan.
Lebih dari itu mohon awak menggunakan enjin carian google untuk mendapatkan senarai lokasi yang menjual juadah colek ayam, colek buah di kawasan kota bharu, kelantan.