Terkini

Pengalaman Peniaga Online Ketika Di 'Lazada Seller'

Dengan ada kemudahan internet pengguna hampir di seluruh dunia boleh membeli-belah secara atasa talian, tapi lain pula bagi peniaga online kerana memerlukan masa dan kesungguhan yang tahap tinggi untuk mempromosi barangan di pasaran internet.



Kena pula jika sesebuah platform e-dagang meletakkan beberapa ciri yang menyukarkan peniaga untuk memuat naik kandungan barangan sebagai contoh yang aku pernah cuba adalah 'Lazada (MY)'.


Lazada (MY) memerlukan beberapa ciri-ciri kandungan barangan seperti ukuran saiz dan berat, setelah itu lazada seller juga perlu mengisi kesemua ruang yang diperlukan termasuk SKU number dan kategori.



Sebelum ini aku pernah juga memuat naik barangan di Mudah.my, ternyata sungguh senang dan tidak perlu banyak karenah dan ruang untuk isi.


Setelah itu muncul platform e-dagang yang baru iaitu Shopee.com.my turut kelihatan mudah untuk memuat naik kandungan barangan.


Bayangkan jika kau mempunyai produk sendiri yang di import dari luar negara, perlukah kita timbang dan ukur saiz kotak dia semata-mata untuk mengisi keperluan di lazada seller.


Bukan soalnya malas atau tidak, tapi jika ikutkan info macam ni tidak perlu sebab pelangan boleh meninggalkan pesanan di emel peniaga.


Adakah barangan di Lazada kebanyakkan adalah Dropship?


Bukan lazada sahaja penuh dengan peniaga dropship, malah di laman sesawang Amazon sendiri mempunyai beribu dropship yang giat bersaing.


Oleh sebab itu nasihat untuk para peniaga online mahupun dropship online jangan mudah berputus asa, memang kadang kala 1 produk mempunyai 10 seller dengan harga yang berlainan maka janganlah lurus sangat.


Rajinlah buat pemasaran di media sosial dan blog supaya pelawat nampak barangan yang korang jual tu sekurang²nya ada juga tanda usaha tu.


Bagaimana untuk menjadi sebahagian peniaga di lazada (MY)?


Mudah sahaja jika anda mempunyai dokumen yang lengkap seperti lesen peniagaan dan kad pengenalan kerana ia diperlukan demi menjaga keselamatan pelangan di internet.


Katakan pelangan sudah ditolak duit tapi barangan belum terima, maka siapa yang perlu disalahkan? Tak kan pula pihak lazada ye tak.


Bila butiran peribadi sudah di muat naik ke dalam sistem lazada, maka orang tengah seperti lazada akan mencari seller tanpa henti atau akan membatalkan pembelian itu dan memulangkan semula duit kepada pelangan.


Bagi sesiapa yang ingin menjadi sebahagian seller di lazada (MY) sila daftar di pautan 'Lazada Seller' dan isi butiran yang diperlukan.


#YOUCANDUITLAH!


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)