Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan sistem automatik secara berperingkat, bermula beberapa bulan lagi.
Bagi ujian on-the-road, pihak JPJ mahu institutusi sekolah memandu supaya memasang kamera litar tertutup pada semua kereta ujian supaya terdapat bukti rekod kemahiran dari calon besar kemungkinan pegawai JPJ tidak lagi perlu duduk disebelah calon.
Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pakej yang ditawarkan oleh sekolah memandu lebih mahal daripada kos sebenar untuk mendapatkan lesen disebabkan mempunyai unsur 'Kopi-O' diantara institut sekolah memandu dan pegawai JPJ.
Menurut JPJ lesen motosikal (B2) berharga RM350 manakala lesen kereta manual (D) adalah RM1,150 dan lesen kereta auto (DA) adalah RM1,250.
Walau bagaimanapun, Loke mendapati bahawa sesetengah sekolah memandu menawarkan harga setinggi RM2,200 setiap individu yang ingin mendaftar lesen.
Sementara itu, Loke telah memberi jaminan kepada 800 orang kakitangan tetap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bahawa mereka akan diserap oleh JPJ.
Kerana Di JPJ sahaja, telah mempunyai 1,000 jawatan kosong yang telah dibekukan untuk pengambilan baru, dan menteri telah memutuskan untuk mengambil kesemua kakitangan SPAD untuk mengisi tempat di JPJ.