Sehingga ke hari ini masih ada yang teringin nak pakai kad kredit iaitu sejenis kad plastik yang mengandungi sejumlah duit berbentuk hutang.
Walaubagaimanapun penggunaan kad kredit ini memang sudah diamalkan sejak berzaman lagi. Konsep dia juga seperti yang kita tahu adalah hutang dulu bayar kemudian manakala jika pemunya kad itu tidak pandai menyusun atur kewangan besar kemungkinan boleh terus jadi muflis hanya disebabkan hutang kad kredit.
Tapi kini pihak bank pun sudah pandai iaitu meletakkan limit bagi setiap kad kredit yang berkelayakkan serta pendapatan minima dengan jumlah RM2,000 keatas sebulan manakala bagi yang pendapatan bawah dari itu mohon pergi jual nasi lemak di pasar pagi.
Jadi apa fungsi RinggitPlus.com?
Haaa, fungsi laman sesawang ini adalah dengan niat membantu orang ramai menyemak dan memohon secara atas talian melalui perkhidmatan mereka. Bagusnya lagi RinggitPlus.com akan menyenaraikan semua bentuk pinjaman dari segi syarikat pinjaman peribadi sehingga syarikat yang mengeluarkan kad kredit.
Laman sesawang ini adalah kepunyaan Jirnexu Sdn. Bhd turut telah dapat sambutan yang baik kerana mereka salah satu website yang membuat kerja lebih iaitu menyediakan perbezaan kadar semasa setiap institusi kewangan di Malaysia.
Pengguna pun mudah untuk menilai dan buat kira-kira sama ada mereka layak atau tidak, pada masa sama pemohon tidak lagi perlu untuk bersesak mencari parking semata nak melakukan permohonan atau sebarang pertanyaan di kaunter.
Apakah menariknya ketika menggunakan perkhidmatan RinggitPlus.com?
Setelah aku pusing-pusing mencari pasal di laman web mereka ternyata pihaknya mempunyai tarikan tersendiri iaitu dengan menawarkan pelbagai hadiah misteri kepada pemohon baru yang berjaya mendaftar mana-mana skim.
Konsep perniagaan mereka adalah hanya menjadi orang tengah iaitu membantu menyediakan informasi dan promosi terkini dari pihak bank dan syarikat credit.
Bagi sesiapa yang berjaya memohon melalui RinggitPlus.com turut akan menerima hadiah misteri berbentuk kupon atau lain-lain.
Akhir sekali adakah apa-apa masalah dari syarikat ini?
Mengikut kaji selidik terhadap komen dan complaint dari pengguna, kelihatan ramai yang kurang berpuas hati dengan perkhidmatan RinggitPlus.com sama ada dari segi hadiah misteri mahupun yang lain.
Ada yang cakap, permohonan sudah lulus tapi masih belum menerima hadiah dari yang dijanjikan oleh syarikat orang tengah ini. Masalah yang lain pula korang carilah sendiri nanti kata aku tipu dan buat cerita pula.
Kata-kata berbentuk nasihat sikit, sebelum buat keputusan untuk meminjam dari institusi kewangan pastikan anda mempunyai kewangan untuk membayar balik. Katakan permohonan anda sudah berjaya harap gunakan dengan sebaiknya jangan sesekali lambat bayar dan mencipta rekod buruk.
Kepada yang memerlukan suntikan kewangan dengan cepat dan mudah, bolehlah cuba syarikat credit seperti JCL dan Aeon sebab mereka ini mudah lulus dan menyediakan bunga yang mahal.
Perbezaan dua syarikat ini adalah JCL tidak akan mencipta rekod pinjaman anda di BNM manakala Aeon bagusnya dia akan merekodkan pinjaman anda di BNM maka bila sudah ada rekod hati pun ada senang itu pun kalau rekod tu bersihlah.
Mana yang faham, faham laaaa. . . . https://ringgitplus.com/