Facebook bukan lagi platform media sosial yang paling popular di kalangan remaja berumur 13-17 tahun di Amerika menurut sumber statistik terbaru.
Survey yang bertajuk Teens, Social Media & Technology 2018 mendapati bahawa kadar penggunaan Facebook oleh remaja sudah menurun dari 71% kepada 51%.
Populariti Social Media yang digunakan oleh remaja di Amerika syarikat mengikut statistik adalah Youtube(85%) Instagram(72%) Snapchat(69%) manakala platform yang lain termasuk Twitter(32%) Tumblr(9%) dan akhir sekali Reddit(7%).
Tinjaun ini turut mendedahkan sejauh mana peranti mudah alih telah menjadi ciri kehidupan sosial orang muda yang dikatakan telah mencecah 95% remaja yang mempunyai akses ke telefon pintar.
Ini hanyalah sumber statistik penggunaan di Amerika dan tidak termasuk di negara yang lain kerana penggunaan platform social media tidak akan sesekali terhapus walaupun sebelum ini kita pernah tahu di internet mempunyai pelbagai lagi sebelum hadirnya Facebook dan yang terbaru.
Pengguna juga tidak akan kekal di dalam sesebuah platform sosial disebabkan sentiasa mempunyai saingan yang tidak henti-henti mencipta platform sosial media yang lebih baik dan kelihatan moden.
Kenyataan dan sumber statistik diatas juga tidak mengatakan bahawa tidak lama lagi facebook akan masuk gua berjumpa dengan legend seperti myspace , friendster dan tagged disebabkan kini ia sudah pun menjadi tempat bualan politik dan berkongsi maklumat.