CloudFlare adalah pengusaha baru yang menyediakan perkhidmatan security laman web dan ia juga menyediakan teknologi baharu dimana boleh mengurangkan aktiviti ddos dan terkini ia dikatakan telah menyediakan DNS percuma kepada awam untuk mempercepatkan akses sesebuah website.
Artikel ini hanya cerita secara ringkas dan mengikut pendapat sendiri. Mana yang kurang faham boleh cuba cari jawapan di google manakala bagi yang pakar pula anda boleh tinggalkan hujahan masing-masing dibawah supaya pengetahuan itu dapat dimanfaatkan kepada orang lain.
Adakah penggunaan DNS ini boleh mempercepatkan internet?
Jawapannya sudah pasti tidak sama sekali kerana ia dicipta bukan hanya untuk melajukan internet korang yang perlahan tu tetapi membantu dari segi lepasi sekatan website serta melancarkan.
Fahaman teknikal peribadi pula dns yang selalu pengguna sebut boleh melajukan internet seperti 'google dns' sebenarnya adalah dijadikan sebagai laluan alternatif untuk dapatkan pinging yang stabil.
Jadi mitos yang mengatakan teknologi DNS seperti google dan cloudflare dapat melajukan internet korang itu sudah pasti perkara yang luar biasa kerana jika berbalik pada teknikal ia harus merujuk pada spesifikasi hardware dan kelajuan internet individu.
Katakan kuota internet anda sudah sampai limit contoh seperti unifi di malaysia sememangnya kita tahu ia bukanlah pakej unlimited maka boleh sahaja internet anda jadi perlahan bila sudah mencecah limit.
Jika tidak percaya sila ujicuba menggunakan dns yang konon dikatakan mampu melajukan internet anda ketika kuota internet anda sudah habis. Nahhh sudah pasti ia hanyalah mitos dan website yang anda kunjungi itu juga tidak akan dapat di akses dengan lancar melainkan anda miliki kuota internet semula atau anda dari golongan genius tentang kebocoran bugs sesebuah provider.
Secara teknikal pula dns ini boleh dikatakan bekerja untuk mengumpul cache website yang selalu korang akses seperti youtube dan facebook dan bilamana cache anda itu sudah terkumpul dengan baik maka penggunaan internet boleh dikurangkan kerana anda tidak perlu download content baru dari sesebuah website.
Maka dengan adanya perkhidmatan dns percuma seperti ini dapatlah membantu pengguna untuk mempercepatkan loading ke sesebuah website dengan stabil dan melepasi sekatan.
Dibawah ini pula aku sediakan dua DNS yang boleh dikatakan agak laris pada abad ini.
CloudFlare DNS- IPv4: 1.1.1.1/1.0.0.1 | IPv6: 2606:4700:4700::1111/2606:4700:4700::1001
Google DNS- IPv4: 8.8.8.8/8.8.4.4
Akhir sekali berkaitan perkhidmatan siapa yang lebih pantas itu bergantung pada setinggi mana kelajuan internet dan peralatan komputer anda sebagai contoh adakah network card atau wireless card sudah mencecah 300mbps?
Dan seterusnya wireless modem anda turut kena tukar kepada spesifikasi yang lebih tinggi sehingga mampu menembusi dinding.