Kata ahli korporat bila sudah bergerak bersendirian maka tidak perlu lagi bincang-bincang sebab ia membuang masa sahaja katanya.
Seperti yang kita ketahui pada mulanya umobile melakukan perjanjian bersama maxis iaitu akan menumpang pencawang disebabkan mungkin akan mengambil masa jika ingin lakukan pelaburan untuk menaik taraf pencawang sendiri di dalam kawasan pendalaman.
Tapi itu cerita lama, sekarang umobile sudah gerak berseorangan walaupun rangkaian belum meluas dengan sempurna seperti telco lain tapi ia pasti berlaku cuma lambat atau cepat.
Kepada pengguna pendalaman yang masih belum dapat signal umobile dengan sempurna maka teruskan bersabar kerana masih banyak lagi pilihan yang lain.
Manakala untuk pengguna yang duduk kawasan umobile, ini mungkin berita gembira kerana kini anda boleh cuba melangan pakej unlimited yang dipanggil 'giler' singkatan pula GX30/GX50 bermaksud boleh dilangan dengan harga RM30 dan RM50.
Secara ringkas untuk pelan Prepaid GX30(RM30) selama 30hari menyediakan kelajuan internet sehingga 3Mbps dan unlimited kepada semua apps kecuali panggilan dan sms.
Seterusnya untuk pelan Postpaid GX50(RM50) bulanan menyediaka kelajuan sehingga 5Mbps dan unlimited kepada semua apps serta panggilan.
Sumber juga mengatakan kualiti video pula hanya mencecah 480p sahaja itu pun bergantung pada tahap kualiti rangkaian pelangan.
Jadi bagi yang ingin mencuba pelan ini pastikan anda berada di kawasan rangkaian umobile supaya tidak menyesall di kemudian hari.