Terkini

Makanan Pelik Yang Disukai Rakyat Korea ‘Sannakji’

Sannakji salah satu makanan mentah yang disukai oleh rakyat korea atau boleh juga disukai oleh jepun kerana sememangnya kita sudah tahu mereka ini antara negara yang gemar terhadap makanan mentah atau separuh masak.



Apa yang peliknya di korea mungkin lebih thrill kerana sesetengah masyarakat mereka lebih gemar terhadap makanan yang masih hidup bukan apa katanya lebih segar jika makan semasa bernyawa.


Setelah diterjemahkan maksud ‘Sannakji’ dapati ia adalah sejenis makanan laut iaitu anak sotong gurita(baby octopus).



Pakar mengatakan memakan ‘Sannakji’ mampu memberi risiko yang tinggi.


Salah satunya potensi tercekik di kerongkong mungkin akan terjadi jika gagal mengawal kaki sotong yang sentiasa bergerak ketika memasukkan ke mulut.


Saintis juga dapati badan sotong itu mengandungi neuron dan turut risau kaki sotong itu melekat di kerongkong kerana ia boleh menyebabkan kematian seperti sejarah yang pernah berlaku pada tahun 2008 di Gwangju..


Pula tu orang kita turut terpengaruh dengan makanan mereka yang pada aku tidaklah berapa sedap pun tambahan lagi jika mereka sedang menikmati makanan sushi/sashimi.


Memang tak lalu nak kunyah wei jika ikan atau sotong dimakan secara mentah dan sedap lagi cicah bersama kicap masin yang dikhaskan.


Pula tu harga makanan mentah mereka di malaysia agak mahal sedangkan tak goreng guna minyak pun argh senang cerita boleh dapat sepingan nasi goreng kampung.


Atas tu cuma luahan sedikit je bukan niat nak kondem makanan mereka dan pendapat aku mungkin makanan mereka datang dari jauh mungkin sebab tu mahal walaupun mentah.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)