Terkini

Dijangka Bakal Cecah Sekitar RM 32k - BTC

Cryptocurrency paling terbesar dunia membuat kejutan setelah sekian lama ia menyepi di paras sekitar MYR 24k.



Pelbagai kontroversi yang dimainkan oleh banyak pihak di seluruh dunia seperti berita pengodaman juga mengenai larangan bank pusat dan pelbagai lagi.


Akhirnya matawang digital ini tetap mempunyai permintaan oleh pengguna dan telah menjadi matawang crypto No.1 terkenal di pasaran maya mahupun realiti.



Hari ini peningkatan sebanyak 4.05% selepas mengalami peningkatan pada minggu lepas sekitar MYR 29k dan minggu ini menjadikan ia pada paras RM 31,426.00.


Andaian dari beberapa sumber mengatakan ia mungkin boleh mencecah kepada $8k iaitu (MYR32,512.00) dalam masa terdekat.


Permintaan ini terjadi adalah kemungkinan besar ramai yang sedang membuat pertukaran kepada altercoins untuk persedian akan datang.


Sebagaimana yang kita tahu hanya beberapa cara sahaja untuk memiliki altercoins jika bukan dengan melakukan pertukaran dari bitcoin atau ethereum.


Adakah bitcoin boleh mencecah semula kepada MYR 80k ? Mungkin masih jauh lagi tapi ia tidak mustahil boleh berlaku buat kedua kalinya.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)