Terkini

Dahmakan. - Pernah Nampak Jenama satu ini?

Dalam kesibukkan menggunakan jalan raya di Malaysia maka aku terpandang kelibat penunggang motosikal membawa beg berwarna hijau yang bertulis 'dahmakan'.



Aku tertanya-tanya perniagaan apakah ini sebenarnya, kata penghantaran Lazada bukan runner surat pun tidak apa lagi jika syarikat panda warna merah jambu tu.


Setelah aku sibuk mencari sumber di google rupanya ia adalah syarikat penghantaran makanan yang paling cepat berkembang senang cerita pesaing rapat dengan 'food panda'.


Dahmakan. dimiliki Farm To Fork Sdn.Bhd yang menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan terus di depan pintu kediaman mahupun pejabat.



Ditubuhkan pada tahun 2014 dan berpusat di kuala lumpur, Malaysia dan setelah diselak ia turut mempunyai anak syarikat di Thailand 'Polpa Co Ltd' menurut sumber Bloomberg.


Menurut sumber pencarian 'dahmakan' dibangunkan oleh 3 pemuda dari luar negara iaitu Jess, Jon dan Chris iaitu berperanan menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan.


Konsep perniagaan juga berbeza dari 'food panda' kerana mereka mempunyai dapur sendiri serta mempunyai penghantar makanan sendiri manakala food panda pula hanya mengharapkan menu hidangan dari restoran yang berdaftar dan perkhidmatan penghantaran serta laman web untuk pelangan melakukan tempahan.


Istimewa dahmakan adalah mereka mempunyai bungkusan makanan dan menu hidangan tersendiri.


Sumber berkata dahmakan meraih keuntungan dengan cepat di asia kerana khabar angin mengatakan suntikan dana terhadap projek mereka begitu memberangsangkan sehingga mereka yakin untuk melakukan pemasaran di Malaysia, Thailand dan Indonesia akan datang.


Setelah mencari indentiti salah seorang dari pengasas dahmakan iaitu 'Jessica Li' dapati beliau merupakan sebahagian orang penting dalam food panda di hong kong iaitu berperanan sebagai ketua pemasaran dan kini beliau berada di dahmakan.


Mengenai isu Halal dari Jakim(Malaysia), aku masih belum dapat memastikan kerana mereka masih gagal menampilkan logo Halal dari Jakim cuma apa yang aku boleh sampaikan adalah sekeping screenshot dari portal pertanyaan.



Malaysia

https://dahmakan.com/

Thailand

https://polpa.co/


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)