Terkini

Tukar RAM Sudah Mencukupi Untuk Melajukan Komputer?

RAM (Random Access Memory) digunakan pada setiap peranti komputer riba mahupun desktop PC. Mungkin ada individu yang masih setia menggunakan komputer ber-spesifikasi yang lama iaitu keluaran sekitar tahun 2008 dan kebawah atau keatas.



Ya, aku faham tidak semua golongan yang berkemampuan mengikuti perkembangan teknologi semasa nak atau tidak terpaksa setia pada teknologi takuk yang lama.


Ibarat orang lain sudah menggunakan enjin EEV (Jimat Petrol), kita pula masih menggunakan enjin yang kuat menggunakan petrol.



Sebelum itu, aku bukanlah pakar dalam hal perkomputeran cuma disebabkan setiap hari aku memerlukan komputer untuk bekerja maka mahu atau tidak kenalah aku pelajari sikit demi sedikit walaupun adakala informasi yang aku terima adalah salah.


Kata orang lama jika salah tidak bermakna kita kurang cerdik tapi ia adalah salah satu pengalaman yang tidak dapat dijual beli.


Adakah Hanya Tumpukan Pada Spesifikasi Luaran Sahaja?


Maksud diatas adalah tidak ramai yang menyelidik apakah spesifikasi yang digunakan pada setiap perkakasan dalam komputer.


Sebagai contoh berapa tinggi cache atau MHz yang terdapat di processor, RAM atau pemacu kilat. Kegunaan spesifikasi ini adalah bertujuan menentukan kelajuan pada komputer anda senang kata lagi tinggi nilai dia lagi puas hati tapi harganya keras juga.


Penggunaan Komputer Lama


Dahulunya komputer boleh dikatakan mahal tapi disebabkan teknologi berkembang dengan pantas maka yang mahal lama kelamaan akan menjadi murah dan sekaligus tidak bernilai.


Cuma kalau sekadar penggunaan biasa seperti kerja pejabat atau menulis skrip mungkin spesifikasi lama masih boleh digunakan seperti biasa.


Tapi untuk menyokong perisian yang sentiasa dikemaskini oleh pembangun, maka komputer lama kita juga harus cuba mencari alternatif untuk menaik taraf perkakasan yang lama kepada yang lebih baharu tanpa perlu menukar keseluruhan.


Salah Satu Yang Harus Diambil Kira Adalah RAM


Kenapa aku katakan RAM? Berdasarkan pengalaman aku ketika menggunakan laptop keluaran 2008 yang menggunakan RAM DDR2 setinggi 2GB dan menaik taraf Operating System versi 64Bit demi mengejar sokongan perisian yang terkini.


Hasilnya memang kurang memuaskan tahap nak campak dari atas bangunan yang tinggi hanya disebabkan pelayar web sering sahaja mengeluarkan ralat Not Responding sekaligus menjadi hang.


Setelah dikaji selidik dapati Operating System versi 64bit memang tidak sesuai digunakan pada RAM 2GB dan seeloknya harus mempunyai minima RAM 4GB dan keatas.


Diatas bukan sahaja kita perlu lihat pada besar mana digit RAM tersebut tapi patut juga lihat pada MHz yang ditawarkan.



Sebagai contoh RAM yang sedia ada pada laptop lama ini adalah 667MHz sahaja, setelah google di pasaran mujur masih ada keluaran DDR2 yang menyediakan MHz lebih tinggi dari yang ini iaitu mencecah sehingga 800MHz.


Manakala jika RAM DDR3 dan keatas besar kemungkinan mampu mencecah sehingga 1600 MHz untuk setiap unit belum masuk bab kiraan letency yang ada pada setiap Memory RAM tersebut.


Dapatkan pengetahuan lebih lanjut mengenai spesifikasi RAM Memory disini.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)