Terkini

Benarkah Pas Bulanan Pengangkutan Awam Malaysia Dikembalikan?

Pada tahun 2009 Malaysia memperkenal pakej pas bulanan maksima RM150 sebulan untuk akses tanpa had transit mahupun bas.



Manakala ketika itu masih ada kawasan yang belum ada laluan trasit LRT maka pakej pas bulanan RM40 diperkenalkan untuk pengguna bas tempatan dan RM100 untuk kesemua perkhidmatan bas.


Zaman berlalu dengan pantas sehingga kerajaan pada ketika memutuskan untuk berhentikan pakej tersebut dan rakyat kembali menggunakan tunai dan kad touch & go.


Pada tahun 2018 setelah kerajaan bertukar tangan, Malaysia bakal mempunyai pakej pas bulanan serendah RM100 sebulan untuk penggunaan bas dan kereta api tanpa had.



Menteri Pengangkutan Anthony mengeluarkan kenyataan minggu lalu berkata, tidak lama lagi rakyat Malaysia sudah boleh menikmati perjalanan tanpa had dengan hanya membeli pas bulanan RM100 sahaja.


Ia juga salah satu janji dibuat oleh Pakatan Harapan semasa pilihan raya umum ke-14 pada awal tahun ini. Walaupun janji ini berpontensi memberi kesan besar kepada kewangan kerajaan tapi setelah dikaji semula dan mengesahkan pakej itu akan dilancarkan pada tahun 2019.


Matlamatnya adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam untuk mengurangkan kesesakkan lalu lintas. Bayangkan jika satu kepala menggunakan sebuah kereta ia mungkin akan memenuhi ruang jalan raya di kota.


Pendapat aku pula, jika nak berkongsi kenderaan peribadi mungkin kurang selesa kerana kita perlu memastikan ruangan kereta sentiasa bersih turut kena belajar menepati masa.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)