Terkini

Berjaya Bukan Hanya Untuk Kekayaan

Ramai berpendapat berjaya dalam hidup adalah meraih KEKAYAAN semata-mata, tahukah anda golongan jutawan pun tidak pernah sedetik menganggap mereka adalah individu yang kaya.



Malahan setiap hari mereka berfikir bagaimana untuk menjadi seorang usahawan berjaya dalam hal mengurus tabir syarikat dan kewangan serta pekerjanya.


Jauh berbeza dengan golongan yang tidak sedetik pun pernah berfikir bagaimana untuk keluar dari kelompok hidup bermajikan, salah satu punca adalah daya pemikiran mereka dalam dunia pemasaran masih lemah dan sudah sebati dengan skop pekerjaan yang dilakukan sejak berabad lagi atau mungkin sahaja mempunyai penyakit fobia dimana sentiasa memikirkan hal komitmen.



Ada juga individu yang bermajikan mengharapkan penerimaan kuasa, Ya walaupun ia bekerja dengan orang tapi tetap mempunyai cita-cita tinggi untuk menerima kuasa untuk mengarah atau senang cerita jika sistem korperat orang yang ada kuasa adalah orang yang mempunyai pendapatan tinggi.


Malangnya orang jenis begini akan melalui detik-detik kehidupan yang sungguh membosankan iaitu keluar gelap balik pun gelap sehingga titisan peluh yang terakhir serta sentiasa dapat tekanan di tempat kerja.


Sesungguhnya kejayaan seseorang bukan terletak pada harta benda semata-mata mahupun kuasa yang sementara, tapi ia lebih pada perjalanan kehidupan seseorang.


Bagaimana pula perjalanan kehidupan anda adakah ia menarik atau disebaliknya? Ramai yang tertanya bagaimana untuk menjadi orang berjaya iaitu 'Kaya'.


Untuk pengetahuan kita semua yang kaya tidak semesti berjaya begitu juga yang berjaya tidak semesti perlu kaya, kesimpulannya ia lebih pada cara anda menjalani kehidupan itu sama ada ia berbaloi atau pun tidak.


Kerana di negara luar, ada golongan kaya menghabiskan masa mereka dengan menjalani kehidupan sia-sia seperti berjudi dan lepak kelab malam atau melakukan pelaburan yang salah disisi undang-undang seperti rasuah.


Alternatif Untuk Berjaya



Cari perkara yang kita suka lakukan tapi janganlah berlagak bodoh walau diri itu kurang cerdik, aku pernah bertanya seseorang apakah hobi atau perkara yang disukakan dalam usaha meneruskan kehidupan ini?


Dia membalas, hanya sukakan tidur dan keluar berjalan-jalan dengan ahli kelab. Maka aku tanyakan lagi adakah ia mendatangkan pendapatan sampingan demi meneruskan pergaulan itu?


Sama sekali tidak 'katanya', ini adalah sebahagian perbualan yang pernah dilakukan secara spontan tidak ada kena mengena baik yang masih hidup mahupun yang sudah tiada.


Walaupun tidak berjaya dan tidak kaya, tapi sikap belajar mengisi masa dengan sesuatu yang berfaedah adalah perlu diterapkan sebagai contoh ramai pemuzik yang berjaya menghabiskan bertahun-tahun hidup mereka untuk melakukan persembahan percuma salah satunya sebab ada minat serta aktiviti dan pada masa sama ia menjalani kehidupan bersosial.


Sekurangnya ia menghasilkan hubungan perniagaan, katakan dalam ramai-ramai yang menonton persembahan itu ada yang tertarik dengan muzik yang dimainkan, mungkin saja ia akan menjadikan sebagai peluang kerjaya sebagai contoh membeli muzik dengan membayar loyalti atau sebagainya.


Belajar Bagaimana Untuk Mengimbangi Kehidupan


Sering kali kita berfikir bahawa untuk berjaya dalam mencari kekayaan dunia patut mencipta sesuatu objek yang bakal mempunyai permintaan tinggi.


Jika seseorang menganggap pekerjaan itu akan membawa kepada kejayaan maka sila menghabiskan berjam-jam setiap hari sehingga pencen dan ketika itu barulah terkial terkial merancang untuk keluar makan angin.


Orang yang berjaya tidak sesekali mengabaikan masa tidur mereka, dengar macam pelik je kan? Tapi masih ada orang yang mengabaikan tidur mereka demi mencapai apa yang mereka mahukan.


Mereka tidak tahu akan kesan sampingan yang bakal mereka hadapi nanti. Kajian mendapati orang yang tidur kurang dari 6 atau 7 jam sehari berisiko mendapat banyak penyakit. Anda kaya tapi sakit?


Akhir sekali dalam pendapat masing-masing, orang yang berjaya adalah mempunyai masa yang banyak semasa muda sebabnya duit boleh dicari tetapi kesihatan sukar dibeli walaupun sering kali menelan supliment.


Petikan diatas bukan bermaksud golongan muda tidak perlu bekerja keras untuk meraih pendapatan tapi ia lebih pada konsep Entrepreneur dimana masa yang ada itu sepatutnya perlu dicurahkan kepada perkara yang boleh mendatangkan hasil lebih dari pendapatan hakiki sebagai contoh jika anda kurang tidur bagaimana ingin menggunakan otak anda untuk menghasilakan pendapatan.


Dan jika anda bekerja bermajikan sila elakkan dari melakukan pekerjaan lain semasa sedang bekerja kerana perbuatan itu telah melanggar etika syarikat korperat.

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)