Terkini

Kenapa Tidak Menonton Filem Di Pawagam?

Tahukah anda tiket wayang kini sudah boleh dibeli secara online demi menjimatkan masa pelangan yang dihormati. Cuma seperti biasa mungkin ada beberapa fee yang perlu di perjelaskan ketika melakukan tempahan tersebut.



Artikel ini di tulis adalah bertujuan ingin tahu sama ada benarkah masih ramai yang sanggup beratur pergi pawagam? Kerana setelah dikaji secara terperinci dengan adanya pelbagai saluran berbayar seperti Astro, Iflix, Netflix dan mungkin banyak lagi di pasaran telah berjaya menguasai kaki wayang.


Kaki wayang juga rata-rata sudah mula menonton di saluran premium melalui komputer dan telefon pintar walaupun ia mempunyai screen yang kecil tapi sudah cukup untuk kearah penjimatan.



Hampir setiap pawagam memainkan peranan dengan memberi pelbagai tawaran harga terutama kepada pemegang kad debit/kredit dimana harga tiket akan menjadi jauh lebih murah dari harga semasa.


Persoalannya adakah masih releven bagi kita untuk beratur pergi pawagam pada zaman serba di hujung jari ini? Katakan kita menaiki sebuah kenderaan dengan kiraan kos parking sekitar RM10, kos perjalanan petrol dan sebagainya mungkin sahaja ia mencecah puluhan ringgit.


Melainkan dalam ketika nak menuju ke pawagam itu, kita singgah dahulu ke butik-butik pakaian sambil menunggu jadual tayangan pawagam.


Malangnya sekarang ni sudah ramai yang membeli pakaian di Internet dengan pelbagai harga promosi berbanding di butik-butik pusat membeli belah.


Seterusnya model TV di kebanyakkan rumah juga semakin hari semakin membesar seakan pawagam iaitu hampir mencecah kebesaran sekitar 50".


Adakah masih memerlukan paparan screen pawagam yang terpaksa berkongsi dengan penonton lain? Jika aku sudah pasti tidak melainkan jemputan dari rakan-rakan untuk sesebuah filem.


Bagi yang sudah berkeluarga pula memang jarang sekali orang tua bawa anak-anak masuk ke pawagam atas faktor utama adalah tahap kebersihan dan suasana.


Sebagai ketua keluarga sudah pasti lebih gemar menyediakan peralatan home teater di rumah supaya dapat menikmati seperti sedang menonton di pawagam.


Sebelum itu kita mungkin mempunyai pandangan yang berbeza jika nak dibandingkan dengan golongan muda dan masih bujang kerana mereka sudah pasti akan memilih pawagam tempat meluangkan masa bersama rakan sebaya dan pasangan masing-masing.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)