Terkini

Lukisan Dan Kehidupan Adalah Serupa?

Manusia hidup dengan pelbagai rancangan iaitu ada yang berjaya dan ada juga yang gagal tapi bagi umat islam semua yang terjadi adalah dengan keizinan Allah.



Aku juga suka merancang dan cuba melakukan cuma dari 10 perkara pasti 9 akan berakhir dengan kegagalan kerana nasib tidak menyebelahi tapi dalam agama islam umatnya haruslah tukar perkataan NASIB kepada Qada dan Qadar.


Apa yang di idamkan adalah kejayaan tapi bukanlah mudah disebabkan ia perlu melalui pelbagai kegagalan dahulu setelah itu barulah akan diberi peluang untuk mencuba lagi dan lagi sehinggalah dibenarkan oleh maha esa.



Ramai yang gagal ketika mencuba nasib tapi tidak ramai yang suka guna kegagalan itu sebagai modal untuk berjaya dalam bidang yang sama sedangkan manusia yang cipta mentol lampu pun berkali-kali melalui kegagalan dan akhirnya berjaya setelah sentiasa mencuba naik taraf kegagalan kepada pengalaman.


Tiada siapa boleh melukis pengalaman kita kecuali diri sendiri dan tangan sendiri, justeru jika kita melukis dengan penuh jiwa dan kreatif maka hasil lukisannya sudah pasti cantik.


sekejung.com

Manakala jika melukis dalam keadaan yang malas dan tidak menggunakan kreativiti sendiri maka hasilnya akan jadi tidak cantik.


Apakah yang ingin disampaikan dalam tajuk 'Lukisan dan Kehidupan' ini adalah bermaksud setiap individu perlu ada sifat menaik taraf diri dan sentiasa perbetulkan lukisan yang dihasilkan oleh tangan sendiri supaya ia nampak cantik dan profesional.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

HakCipta © 2010- Sekejung.com | Dimiliki Oleh Sekejung Network(003413624-V)